Portal Rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
A- A A+ G A V

INISIATIF BTP

EDUWEBTV
EduwebTV merupakan portal yang mengandungi bahan video dan audio pendidikan yang boleh diakses melalui www.eduwebtv.com. EduwebTV mempunyai 4 saluran, iaitu: Saluran Kurikilum Saluran Portal e-Guru Saluran Ehwal Semasa Saluran Portal Radio Pendidikan Jumlah keseluruhan bahan di EduwebTV adalah 2,404 bahan video dan 401 bahan audio. Saluran Kurikulum Terdapat sejumlah 900 video rancangan berasaskan kurikulum di EduwebTV. Mata pelajaran yang sedia ada bagi sekolah rendah dan menengah adalah BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, FIzik, Biologi, Linus dan Prasekolah.
Lagi
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT PROGRAM NILAM 1. Konsep 2. Penambaikan Program NILAM sedang dirintis di seratus buah sekolah di Selangor. Perluasan penambahbaikan program ini akan dijalankan mulai 2017. 3. Pencapaian NILAM 2015
Lagi
PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Domain Penarafan Keputusan Penarafan PSS 2015 (Penarafan diberi berdasarkan satu bintang sehingga 5 bintang. Pencapaian terbaik ialah pada kriteria 5 bintang.) PENARAFAN JUMLAH SEKOLAH PERATUS (%) 5 BINTANG 1988 19.6 4 BINTANG 5114 50.4 3 BINTANG 2549 25.1 2 BINTANG 498 4.9 1 BINTANG 0 0 ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 2000 serentak dengan pelancaran Tahun Pusat Sumber Sekolah 2000. Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca KPM Bil. 2/2008 bertarikh 19 Disember 2008 memutuskan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan diadakan setiap tahun bagi memastikan peningkatan berterusan pusat sumber sekolah. Objektif  APSS  Meningkatkan kemahiran GPM dalam pengurusan sumber dan maklumat Menjadi pusat sehenti kepada sumber ilmu untuk peningkatan literasi maklumat murid Membantu warga sekolah dalam penyediaan dan pencarian sumber dalam pelbagai format untuk PdP  Kategori yang dipertandingkan adalah kategori Sekolah Rendah dan kategori Sekolah Menengah. Melalui APSS diharap pusat sumber sekolah yang bertanding dapat menjadi penanda aras kepada pusat sumber sekolah yang lain.  
Lagi
Pembangunan Bahan ePembelajaran
Sektor Pembangunan Bahan ePembelajaran (SPeP) bertanggungjawab untuk membangunkan bahan e-pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran menerusi pembelajaran maya kendiri. Bahan yang dirancang dan dibangunkan berdasarkan kepada DSKP dan RPT sekolah rendah dan sekolah menengah. Justeru, pemetaan kandungan kurikulum bagi 4 mata pelajaran utama dilaksanakan sebelum perancangan dan pembangunan bahan. Sebagai sasaran, bahan e-pembelajaran seperti berikut akan dibangunkan pada tahun 2016: BM Tahun 6 BI Tahun 6 Matematik Tahun 3 dan Tingkatan 2 Sains Tahun 3 Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru telah memulakan tugasnya pada  Mei 2013. Penglibatan Jawatankuasa Penilai bagi tahun 2016 masih kekal yang terdiri dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang juga bertindak sebagai urus setia, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) , Lembaga Peperiksaan (LP), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Buku Teks (BBT). Seramai 12 orang pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional daripada bahagian-bahagian KPM tersebut terlibat sebagai jawatankuasa. Penilaian Laman diadakan di Bilik Mesyuarat PMP yang terletak di aras 3 bahagian Teknologi Pendidikan. Sesi penilaian diadakan dua kali sebulan, pada hari Khamis bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Laporan dibuat oleh setiap pegawai terlibat setelah selesai setiap sesi penilaian bagi mengetahui bilangan laman yang telah diterbitkan (published), ditolak untuk penambahbaikan atau tidak diterbitkan (declined) serta laman yang tidak boleh diakses (pending). Sepanjang tahun 2015 sebanyak 10,070 buah laman pembelajaran telah dinilai oleh jawatan kuasa penilai melepasi Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan sebanyak 10,000 yang dimuat naik ke MOE Repository.  
Lagi

INFO TERKINI

TAKWIM BTP

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru BTP?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0 Semalam0 Minggu Ini0 Bulan Ini0

HUBUNGI KAMI

Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
btpkpm@moe.gov.my
603 - 2081 7777