Pengenalan

BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan
melalui pembaharuan dan perubahan khususnya dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian
Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk membantu
sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui penggunaan teknologi pendidikan.