Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB)
Objektif
| 1. | Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. |
| 2. | Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. |
| 3. | Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran. |
| 4. | Menanam kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan. |
| 5. | Mengembangkan potensi individu pelajar melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan. |
| 6. | Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketerampilan untuk mengurus sekolah ke arah kecemerlangan. |
| 7. | Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi pendidikan yang lebih berkesan. |
| 8. | Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. |
| 9. | Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan. |
| 10. | Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat. |
Fungsi
| 1. | Menyedia dan membina bahan pelbagai media dan inovasi Menyebar bahan pelbagai media ; |
| 2. | Memberi khidmat kemahiran teknologi dan media ; |
| 3. | Mengurus pelaksanaan program ICT di Sekolah ; |
| 4. | Mengurus perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan kewangan PTPB dan PKG ; dan |
| 5. | Melaksanakan dasar pendidikan dan kerja berpasukan dengan rangkaian KPM, BTP, BTPN, PTPB, dan PKG, serta Sekolah . |





