| 1. | Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program latihan untuk staf BTP dan cawangan selaras dengan Program Pembangunan Sumber Manusia; |
| 2. | Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai ‘program nilai’, serta pra persaraan untuk meningkatkan kualiti kerja serta persediaan untuk persaraan dalam kalangan staf BTP dan cawangan; |
| 3. | Mengurus, menyelaras dan memantau program Latihan Industri / Praktikum Pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); |
| 4. | Mengurus dan menyelaras program latihan/lawatan luar negara (peruntukan one-off luar negara) untuk pegawai BTP dan cawangan; dan |
| 5. | Merancang dan menyelaras proses akreditasi di peringkat KPM terhadap kursus-kursus yang dilaksanakan oleh BTP dan cawangan. |





