Logo ini juga mempunyai ilusi optikal pergerakan yang berterusan menonjolkan peranan dan fungsi BTP dalam bidang teknologi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia melambangkan cetusan kesedaran bahawa kita sekarang sedang berada dalam era teknologi moden :

1.
Bentuk simbolik hexagon melambangkan sektor-sektor di dalam BTP dan hubungan rapat hexagon ini kepada bulatan di tengah logo melambangkan kesatuan dan perpaduan dalam setiap satunya bergerak bebas bersendirian.
2. Garisan putih yang terdapat di keliling bentuk hexagon, melambangkan ‘output’ serta ‘input’ pengetahuan dan data daripada BTP.
3. Bulatan yang terdapat di tengah-tengah logo melambangkan’mata’ BTP yang menjadi paksi dalam menggabung, mengawal dan menyelia sektor di BTP.
4. Garisan konsentrik melambangkan gelombang radio serta pemancaran TV yang juga boleh ditafsirkan sebagai pancaran pengetahuan dan perkhidmatan daripada pusat BTP.
5. Dua ‘tone’ warna ungu-putih dan warna putih dan warna hitam melambangkan kestabilan perpaduan, persahabatan serta kesediaan untuk berkhidmat dengan cekap dan berkesan.