Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di tiga (3) buah sekolah, iaitu:

bullet SMK Aminuddin Baki

bullet SMK Seri Titiwangsa

bullet SK Putrajaya Presint 9 (1)

Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan. Sekali lagi, pihak BTP telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan projek ini.

Pautan : bullet Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
bullet Muka depan SPP
bullet Klip video cara melayari SPP
bullet Klip video Pendidikan Islam