|

1.
LATAR BELAKANG PERTANDINGAN
Jawatankuasa
Induk Perayaan Hari Guru pada tahun 2006 sekali lagi telah
mengamanahkan kepada pihak Institut Aminuddin Baki sebagai
Jawatankuasa Pengelola Perbahasan Guru Kementerian Pelajaran
Malaysia Peringkat Kebangsaan. Pada tahun ini, pertandingan
perbahasan peringkat separuh akhir dan akhir akan diadakan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Secara muktamadnya,
tempat pertandingan peringkat akhir belum lagi diputuskan.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah tuan rumah rasmi
Sambutan Perayaan Hari Guru Kebangsaan bagi tahun 2006..
2.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
- Menjadi
satu wadah kepada warga guru meningkatkan kemahiran berhujah
secara kritis, analitis dan profesional.
-
Meningkatkan ketrampilan guru-guru berkomunikasi dalam
konteks yang lebih luas dimensinya.
- Meningkatkan
tahap Ilmu warga guru melalui penyelidikan yang harus
dibuat untuk mendapatkan fakta-fakta ataupun maklumat-maklumat
terkini dan terbaik.
- Meningkatkan
semangat berkerjasama, berpasukan, menghormati antara
satu sama lain dan sebagainya.
-
Menghayati tema perayaan hari guru yang telah ditentukan.
3.
NEGERI-NEGERI MENGIKUT ZON.
Zon
A : Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Zon B : Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri
Sembilan dan Melaka.
Zon C : Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Zon D : Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
4. KATEGORI PERTANDINGAN
a.
Bahas Bahasa Melayu
b. Bahas Bahasa Inggeris.
5. KELAYAKAN PERTANDINGAN
- Penyertaan
ini terbuka kepada semua PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN
MALAYSIA yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia.
6. PASUKAN BAHAS
- Mana-mana
pasukan bahas yang akan menyertai pertandingan ini hendaklah
menghubungi JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BAHAS
DI PERINGKAT NEGERI masing-masing untuk tujuan pendaftaran
dan penyelarasan. Jawatankuasa Peringkat Negeri ini akan
membuat makluman kepada pihak IAB tentang sebarang perkembangan
yang berlaku di negeri masing-masing.
-
Walaupun begitu satu negeri hanya layak menghantar satu
pasukan sahaja bagi setiap kategori ( BM & BI )untuk
bertanding di peringkat Zon dan setiap zon hanya layak
menghantar 2 pasukan ( BM & BI )ke peringkat separuh
akhir.
-
Jumlah pasukan bahas yang akan bertanding :
- SEPARUH
AKHIR : 8 PASUKAN ( BM & BI )
- AKHIR
: 4 PASUKAN ( BM & BI )
-
Diperincikan dengan lebih lanjut dalam buku syarat dan
peraturan perbahasan 2006.
7.
BENTUK PERBAHASAN
- PERTANDINGAN
PERBAHASAN GURU MALAYSIA di buat dalam bentuk PERBAHASAN
ALA PARLIMEN.
8.
FORMAT PERTANDINGAN
- (Sebagaimana
yang diperincikan di dalam buku Syarat & Peraturan
Pertandingan)
9.
HADIAH PERBAHASAN
-
Pasukan Johan PIALA PUSINGAN.
Wang Tunai RM 2,000 bagi Setiap Kategori.
Sijil dan Buku (DBP).
Cenderamata.
-
Pasukan Naib Johan PIALA PUSINGAN.
Wang Tunai RM 1,500 bagi Setiap Kategori.
Sijil dan Buku (DBP).
Cenderamata.
-
Pasukan Saguhati Wang Tunai RM 500 .
Sijil dan Buku (DBP).
Cenderamata.
-
Pembahas Terbaik PIALA INDIVIDU
Wang Tunai RM 200 .
Sijil dan Buku (DBP).
Cenderamata.
|