|

KERTAS
KONSEP
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS 2006
1.
Pengenalan
- Semua
murid yang mencapai umur persekolah perlu diberi pendidikan.
Pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia termasuklah kepada murid-murid berkeperluan khas.
Mereka tergolong kepada tiga golongan iaitu murid bermasalah
penglihatan, murid bermasalah pendengaran dan murid bermasalah
pembelajaran. Guru yang terlibat dalam usaha mengajar
murid-murid ini juga mempunyai bidang pengkhususan masing-masing.
Contohnya guru yang mengajar murid bermasalah pendengaran
perlu mahir dalam bahasa Isyarat manakala guru yang mengajar
murid bermasalah penglihatan pula perlu mahir membaca
dan menulis dalam Braille.
-
Kemahiran mengurus murid-murid berkeperluan khas ini bukan
boleh didapati dengan hanya membaca buku tetapi perlu
melalui pelbagai pengalaman dan penglaman ini menjadikan
guru Pendidikan Khas istimewa dan berbeza daripada guru-guru
yang mengajar murid normal. Untuk mengajar murid-murid
Pendidikan Khas bukanlan satu tugas yang mudah kerana
murid-murid ini mempunyai pelbagai masalah disamping masalah
utama yang dihadapi.
2.
Objektif
Objektif
Kementerian Pelajaran menyediakan anugerah ini ialah:
- memberi
anugerah kepada guru-guru yang telah berjasa dalam Pendidikan
Khas dalam satu acara yang berprestij iaitu Hari Guru
2006
-
memberi pengiktirafan kepada guru Pendidikan Khas terhadap
jasa yang telah dicurahkan.
-
menggalakkan lebih ramai guru terlibat dalam Pendidikan
Khas
-
menggalakkan guru Pendidikan Khas menjadi lebih kreatif
dan inovatif.
3.
Pencalonan
- Pencalonan
adalah dibuka kepada semua guru Pendidikan Khas yang masih
berkhidmat sama ada di Sekolah Pendidikan Khas mahupun
di sekolah harian biasa yang menjalankan program integrasi
/inklusif.
-
Setiap JPN boleh mencalonkan 1 orang calon dari setiap
negeri.
-
Semua yang dicalon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya
sepuluh tahun dalam bidang Pendidikan Khas dan telah memberi
sumbangan yang besar kepada bidang ini di peringkat negeri
dan kebangsaan.
-
Setiap permohonan perlulah disokong oleh Ketua Jabatan
iaitu bagi guru sedang berkhidmat dalam program integrasi,
mereka perlu mendapat sokongan daripada Jabatan Pelajaran
Negeri. Bagi guru Sekolah Khas, pencalonan perlu mendapat
sokongan daripada Pengetua atau Guru Besar .
-
Keutamaan hendaklah diberi kepada guru-guru yang telah
dicalonkan dan telah dinaugerahkan sebagai Guru Cemerlang
Pendidikan Khas di peringkat negeri.
-
Semua permohonan mestilah mengisi borang JPK 1 dengan
lengkap dan mengepilkan dokumen sokongan untuk membantu
panel membuat keputusan. Segala dokumen yang disertakan
mestilah disahkan benar berasaskan dokumen asal.
-
Semua poencalonan perlulah sampai ke Jabatan Pendidikan
Khas pada atau sebelum 1 Mac 2006.
4.0 Panel Pemilihan
-
Ahli Jawatankuasa Panel Pemilihan adalah terdiri daripada
- Pengerusi
: Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
- Ahli
Jawatankuasa:
- Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah
-
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
Khas
- Pengarah
Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
- Ketua
Unit UPEN
- Urus
Setia : Penolong Pengarah HEG
5.0
Cara Pemilihan
-
Semua calon yang telah mengisi borang akan dinilai melalui
mesyuarat panel pemilihan
-
Pemilihan adalah berdasarkan sumbangan guru dalam kurikulum,
kokurikulum dan aktiviti luar yang membabitkan Pendidikan
Khas.
-
Penilaian akan dibuat berdasarkan markah terbanyak atau
terbesar.
-
Segala keputusan panel ini adalah muktamad.
-
Keputusan panel akan disampaikan kepada Pengarah di negeri
dan seterusnya akan memaklumkan kepada guru berkenaan.
6.0
Hadiah
-
Penerima anugerah ini akan menerima wang tunai sebanyak
RM 1,000.00 bersama-sama sijil.
-
Hadiah ini akan disediakan oleh Urus Setia Hari Guru
Peringkat Kebangsaan.
-
Penerima anugerah akan menerima anugerah pada majlis makan
malam sempena Hari Guru 2006.
7.0 Kesimpulan
- Anuregah
berprestij ini akan menjadi kebanggaan guru Pendidikan
Khas dan menjadi idaman mereka. Oleh itu, anugerah ini
harus diteruskan dan hadiah yang disediakan perlulah lebih
besar sejajar dengan sumbangan yang telah dicurahkan oleh
guru Pendidikan Khas.
|