|
Peraduan
Menulis Cerita untuk Bacaan Murid
Sekolah Rendah dan Menengah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris Sempena Hari Guru 2006
Peraduan
ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
a. Kategori Guru
b. Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 6))
c. Kategori Murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 5)
Pemenang peraduan ini akan menerima hadiah wang tunai dan
sijil bagi tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan 5 hadiah sagu
hati.
SYARAT-SYARAT PERADUAN
Kategori Murid Sekolah Rendah & Menengah
i. Peraduan ini terbuka kepada semua murid yang sedang belajar
di sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia.
ii. Cerita hendaklah ditulis samada dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris.
iii.
Peserta hanya boleh mengemukakan satu hasil karya dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv.
Panjang cerita
Sekolah Menengah TIDAK lebih daripada 1000 patah perkataan.
Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada 250 patah perkataan.
v. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada
penghujung cerita.
vi.
Muka surat mestilah dicetak pada setiap helaian.
vii.
Cerita hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak
langkau dua (double spacing) dan menggunakan saiz huruf
12 poin.
viii.
Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan
belum pernah disiarkan atau diterbitkan. Karya tiruan dan
karya terjemahan adalah terkeluar daripada peraduan ini
dan tidak akan dipertimbangkan.
ix.
Penulis dilarang menyentuh hal-hal yang sensitif mengenai
ras, agama dan politik. Latar belakang cerita hendaklah
berdasarkan latar belakang masyarakat Malaysia yang berfokuskan
kehidupan yang harmoni dan bersatu di kalangan pelbagai
kaum. Elemen-elemen nilai murni harus digarapkan.
x.
Hasil karya yang dihantar adalah cetakan yang asal.
xi.
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak
dan mengedar karya-karya yang diterima.
xii. Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran
BBT
xiii.
Tajuk/Tema/Jenis Cerita
Tajuk cerita adalah bebas
Tema cerita adalah Pelajar Cemerlang Generasi
Gemilang
Jenis cerita kanak-kanak untuk bacaan murid sekolah
rendan dan menengah.
xiv.
Jemputan Ke Majlis Perayaan Hari Guru 2006
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput
untuk menerima hadiah dalam Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan Tahun 2006.
xv. Tarikh Tutup Peraduan
Tarikh
tutup peraduan ialah 24 Februari 2006
xvi.
Hasil karya hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh tersebut
ke Jabatan Pelajaran Negeri.
xvii.
Penyertaan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan
di atas tidak akan dipertimbangkan.
xviii.
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat
berkaitan dengan peraduan tidak akan dilayan. Bukti penghantaran
bukan bukti penerimaan.
|