| Putih
: menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan
dan keamanan.
Perak
: Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh
Kuning
: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera
Malaysia.
Merah
: Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
: Menunjukkan perpaduan muhibah.
Dari
pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu
pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara
yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk
seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan
daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,
ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala
lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka
sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu
pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip
Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang
tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini
menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan
guru.
|