| "Anugerah
Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan
Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara
kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu unit institusi asas
pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai
pendidik terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan
warganegara khususnya.
Penganugerahan
ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa
yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk
menilai secara ikhtisas tentang pencapaian, cabaran dan
hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan
dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks
masa ini.
OBJEKTIF
PENGANUGERAHAN
"
Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang
telah dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan
negara sebagai langkah ke arah pembinaan warganegara yang
berguna.
"
Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan
di kalangan guru-guru bagi mencapai tahap profesion keguruan
yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
dalam konteks semasa.
"
Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru
dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
supaya penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing
yang sihat dan berkesan.
|