Intranet BTP
 Aplikasi Online

 Pautan

 





Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Status Terkini Sekolah Bestari


  •  
Adakah kemelesetan ekonomi mempengaruhi pelaksanaan sekolah bestari?
  •  
Adakah Sekolah Bestari membebankan ibu bapa dari segi kewangan?
  •  
Apakah kriteria bagi pelajar yang ingin memasuki Sekolah Bestari?
  •  
Apakah peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?
  •  
Apakah peranan Multimedia Development Corporation dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?
  •  
Apakah status semasa Sekolah Bestari?
  •  
Apakah yang diharapkan daripada pihak awam dalam menyokong projek?
  •  
Apakah yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang berprestij ini?
  •  
Bagaimanakah guru dapat menangani cabaran perkembangan Sekolah Bestari?
  •  
Bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan “Sistem Pentaksiran Bestari” yang disebutkan dalam the Conceptual Blueprint?
  •  
Siapakah yang bertanggungjawab menggerakkan projek ini?







Adakah kemelesetan ekonomi mempengaruhi pelaksanaan sekolah bestari?

Kerajaan Malaysia pada asalnya merancang untuk melancarkan projek rintis dengan lima aras teknologi berperingkat, termasuk satu aras teknologi khusus untuk sekolah pedalaman. Walau bagaimanapun, disebabkan kemelesetan ekonomi pada tahun 2001, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula aras teknologi dengan hanya memberi tumpuan kepada tiga aras teknologi. Teknologi Aras A akan diaplikasikan di sembilan buah sekolah. Teknologi Aras B+ di dua buah sekolah dan teknologi Aras B di 79 buah sekolah. 
Ke atas


Adakah Sekolah Bestari membebankan ibu bapa dari segi kewangan?

Kerajaan tidak menjangkakan peningkatan perbelanjaan bagi ibu bapa tetapi kerajaan telah mengenalpasti bahawa sumbangan komuniti dari segi sumber, masa dan kepakaran amat diperlukan untuk membestarikan sekolah.
Ke atas


Apakah kriteria bagi pelajar yang ingin memasuki Sekolah Bestari?

Kecuali sembilan (9) buah Sekolah Rintis Aras A, sekolah lain yang dipilih sebagai Sekolah Rintis mempunyai populasi pelajar sendiri. Satu set kriteria khusus untuk pelajar memasuki sekolah bestari tidak diperlukan memandangkan semua sekolah akan menjadi sekolah bestari.
Ke atas


Apakah peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari yang berdedikasi untuk menyelia, memantau dan melaksanakan Projek Sekolah Bestari bagi pihak Kementerian.
Pasukan ini akan memastikan terma dan syarat Perjanjian yang telah ditandatangani di antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn. Bhd. dipatuhi sepanjang tempoh Projek Rintis.
Pasukan ini ditempatkan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengarah Projek adalah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.  
Ke atas


Apakah peranan Multimedia Development Corporation dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Multimedia Development Corporation membekalkan khidmat kepakaran dan nasihat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. MDC juga akan membantu Telekom Smart School Sdn. Bhd. untuk mencapai status MSC.
Ke atas


Apakah status semasa Sekolah Bestari?

Kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak dengan Telekom Smart School Sdn. Bhd., sebuah syarikat usahasama untuk melaksanakan Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari di sembilan puluh buah untuk tempoh tiga tahun. Projek rintis ini akan dilaksanakan dari Julai hingga Julai 2002.
Ke atas


Apakah yang diharapkan daripada pihak awam dalam menyokong projek?
 
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengambil langkah untuk memastikan maklumat yang tepat dan terkini tentang konsep sekolah bestari disalurkan kepada pihak awam bagi menggalakkan orang ramai supaya menjadi pihak berkepentingan yang terlibat secara aktif di sekolah-sekolah berdekatan tempat tinggal atau tempat mereka bekerja.
Sekolah bestari dianggap sebagai pusat pembelajaran komuniti, dan ia seharusnya mampu menawarkan penggunaan sumbernya untuk kebaikan komuniti setempat. Walau bagaimanapun, pihak awam juga diharap dapat menyumbang dalam bentuk kewangan,  kepakaran dan sebagainya untuk membantu sekolah
Ke atas


Apakah yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang berprestij ini?

Transformasi semua sekolah kepada sekolah bestari merupakan tugas utama. Ia memerlukan:
  • Sokongan padu dari penggubal dasar
  • Sokongan daripada guru, pengetua, guru besar, staf sekolah dan semua agensi dalam system pendidikan
  • Peruntukan yang mencukupi untuk memperluaskan konsep “Sekolah Bestari” di semua sekolah di seluruh Negara, dan mengekalkan semua sekolah ini dalam status “bestari”
  • Dasar, norma, dan panduan yang wajar dan sesuai untuk menyokong sekolah
  • Amalan pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan
  • Pembekalan Teknologi Maklumat  yang mencukupi untuk memastikan sekolah bestari dapat berfungsi dengan baik
  • Pembangunan professional yang berterusan bagi guru, pengetua, guru besar dan warga pendidikan lain'
Ke atas


Bagaimanakah guru dapat menangani cabaran perkembangan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula menjalankan latihan dalam pelbagai komponen Sekolah Bestari untuk guru-guru terpilih, misalnya, dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bestari, pengurusan bilik darjah, dan pengurusan teknologi untuk pembelajaran yang lebih berkesan.  Setakat ini, seramai 1000 orang guru telah dilatih dalam pedagogi Sekolah Bestari. Kementerian Pelajaran menggunakan model cascade untuk melatih guru-guru ini dan memastikan mereka melatih pula guru-guru lain di sekolah masing-masing.
Guru-guru ini juga akan dilatih khususnya dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari  yang dibekalkan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd..
Ke atas


Bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan “Sistem Pentaksiran Bestari” yang disebutkan dalam the Conceptual Blueprint?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula melatih guru-guru terpilih tentang  pentaksiran Sekolah Bestari. 
Pentaksiran Bestari sedang diserapkan secara berperingkat dimulai dengan Pentaksiran Aptitud Tahun Tiga.
Memandangkan semua sekolah di seluruh negara terlibat, tidak akan timbul ketidakselarasan di antara pentaksiran untuk Sekolah Bestari dengan sekolah biasa  yang juga akan menjadi sekolah bestari nanti.
Ke atas


Siapakah yang bertanggungjawab menggerakkan projek ini?

Melalui proses CRFP, kerajaan Malaysia telah memilih  syarikat usahasama, iaitu Telekom Smart School Sdn. Bhd., untuk melaksanakan Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari
Ke atas

 
Navigation
Infomasi Terkini

----------------------------------

MESY PERANCANGAN PENYELARASAN 88 SEK. BESTARI BIL 1/2008

Tarikh : 24-26 Nov. 2008
Tempat : Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka

----------------------------------

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPM
(Kelolaan BTP)

Tarikh : 1 Dis. 2008
Masa  : 8.15 pg
Tempat : Padang antara Blok E11 & E12, Putrajaya 
(Sekiranya hujan, akan diadakan di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12)

----------------------------------

MESY JK LAMAN WEB/PORTAL BTP-BTPN-PTPB-PKG

Tarikh : 1 - 4 Dis. 2008
Tempat : BTPN Johor

Mutiara Kata
Jadual TV Pendidikan

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.