Intranet BTP
 Aplikasi Online

 Pautan

 





Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Program Perkongsian Pintar

Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT)

Pengenalan : Merupakan program kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Prestariang Technology Sdn. Bhd. (PTSB) untuk melatih guru Bila dan Bagaimana untuk mengintegrasikan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mulai thaun 2004, seramai 100,000 orang guru telah dilatih. Sesi latihan telah dibimbing oleh Jurulatih Utama dan Jurulatih Teknikal di 90 buah pusat latihan seluruh negara.

Objektif Program BPPT :

  1. Melengkapkan guru dengan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran mengenai Bila dan Bagaimana untuk menggunakan ICT di dalam pengajaran mereka.
  2. Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar melalui peningkatan penggunaan ICT di dalam pembelajaran
  3. Untuk mewujudkan National Resource Data Bank yang berkualiti tinggi, bahan P&P berasaskan teknologi yang dihasilkan oleh guru untuk kegunaan guru


Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengenalan : PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.  Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada  peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik  daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini:

  1. Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa
  2. Bahasa Inggeris dipelajari oleh pelajar selama 11 tahun tetapi prestasi masih belum memuaskan
  3. Bahasa Inggeris memudahkan perolehan ilmu


SMS SEKOLAH – MyPressto

Pengenalan : SMS Sekolah merupakan perkhidmatan interaktif terkini yang membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkaitan murid dan persekolahan mereka melalui teknologi SMS. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga yang mendaftar dan melanggan perkhidmatan ini. Ibu bapa boleh memperolehi pelbagai info berkaitan persekolahan seperti kehadiran murid, jadual persekolahan, kesalahan disiplin, jadual peperiksaan, keputusan peperiksaan, aktiviti persekolahan, aktiviti PIBG dan latihan kerja rumah.

Intel School Adoption Program Intel

Pengenalan : School Adoption Program merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Intel Corporation. Intel School Adoption Program adalah sebahagian daripada The Intel World Ahead Programme.

Ciri-ciri School Adoption Program adalah seperti berikut:

  1. Kolaborasi bersama dengan Kementerian Pelajaran untuk menunjukkan perkembangan kemahiran pembelajaran abad ke-21, dengan penumpuan kepada pembelajaran berbantukan komputer 1:1;
  2. Peningkatan akses kepada komputer untuk murid di sekolah;
  3. Latihan guru untuk meningkatkan pembelajaran berdasarkan inkuiri;
  4. Latihan pemimpin sekolah dari segi pembangunan pelan ICT;
  5. Skop projek: projek rintis pada 2007; peluasan pada 2008; dan
  6. Projek rintis: bantuan kepada satu kelas di sekolah terpilih untuk menunjukkan pembelajaran berpusatkan murud 1:1.
 
Informasi Terkini

BENGKEL PEMURNIAN PERANCANGAN STRATEGIK BTP

Tarikh : 26-29 Ogos 2008
Tempat : BTPN Perak

-------------------------------

PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN

1.  Mencipta sajak
2.  Teka silang kata
3.  Kuiz "Explorace"
4.  Pameran kemerdekaan

Tarikh tutup : 10 Sept. 2008
Keterangan lanjut, sila hubungi Sektor PSP.

-------------------------------

PELAWAAN MENULIS ARTIKEL UNTUK UNESCO DAN SEAMEO

(i) MAJALAH SEAMEO EDUCATION AGENDA 
** Tiada tempoh penghantaran

Sila rujuk Sektor PSP untuk maklumat lanjut

-------------------------------

 

Mutiara Kata
Jadual TV Pendidikan

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.