Intranet BTP
 Aplikasi Online

 Pautan

 





Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Katalog


Pengenalan

Bahagian Teknologi Pendidikan asalnya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Ditubuhkan dalam tahun 1972. Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan pada awal penubuhannya ialah untuk memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan Alat Pandang Dengar dan perkhidmatan TV Pendidikan. Fungsi ini kemudiannya telah diperluaskan kepada perkhidmatan Pusat Sumber. Apabila perkembangan teknologi bertambah pesat, tugas dan peranan Bahagian Teknologi Pendidikan juga semakin luas.

Catalogue : Bestari Courseware For Teaching And Learning ICPS (KBSR)

Buku katalog ini adalah sebagai panduan kepada guru sekolah rendah yang menggunakan perisian kursus yang dihantar ke sekolah-sekolah. Ia menyenaraikan tajuk-tajuk dan juga ringkasan kandungan bagi setiap kandungan.

Tahun Terbit: Ogos 2004

Catalogue : Bestari Courseware For Teaching And Learning ICPS (KBSM)

Buku katalog ini adalah sebagai panduan kepada guru yang menggunakan perisian kursus yang dihantar ke sekolah-sekolah. Ia menyenaraikan tajuk-tajuk dan juga ringkasan kandungan bagi setiap kandungan. Sesuai untuk rujukan peringkat sekolah menengah.

Tahun Terbit: Ogos 2004

 

Benchmarking Of The Smart School Integrated Solution

Buku ini adalah berkaitan dengan kajian penanda aras bagi Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari. Ia juga turut membandingkan komponen-komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari (SSIS) dengan lapan negara lain dseperti Australia, Britain, Canada, Ireland, Japan, New Zealand, Singapura dan USA.

Tahun Terbit: 2004

 

Panduan Manual Skop Kerja Guru Penyelaras Bestari

Buku rujukan bagi Guru Penyelaras Bestari dalam menjalankan tugasan harian dalam mengurus dan mengendali Sistem Pelayan di sekolah-sekolah.

Tahun Terbit: 2004

 

Pengurusan Perubahan Sekolah Bestari : Panduan Penggunaan Internet

Buku panduan ini membekalkan guru-guru dengan laman-laman web yang releven, dan terkini yang merangkumi skop serta topik-topik dalam Sukatan pelajaran. Penggunaan laman-laman web dalam pengajaran dan pembelajaran diharap dapat membentuk perspektif baru dikalangan guru dan murid dalam dunia pendidikan yang mana pendekatan sebelum ini hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja.
Tahun Terbit: 2004
 

Information and Communications Technology (ICT) Security Management Guidelines and Procedure for School ICT Coordinators

Buku panduan ini merupakan sumber rujukan dan panduan bagi Guru Penyelaras ICT untuk menguruskan dan mengekalkan keselamatan ICT di sekolah mereka. Tujuan utama buku ini adalah untuk menggariskan tanggungjawab Guru Penyelaras ICT Sekolah dalam pengurusan keselamatan ICT; dan memberikan panduan kepada Guru Penyelaras ICT untuk mewujudkan, menguruskan, melaksanakan dan mengekalkan keselamatan ICT di sekolah masing-masing berdasarkan Pekeliling dan Garis Panduan Keselamatan ICT Kerajaan Malaysia.

Tahun Terbit: 2005

 

ICT Security Management Handbook

Buku panduan ini bertujuan untuk digunakan sebagai sumber rujukan yang berguna oleh semua sekolah dalam melaksanakan pengurusan keselamatan ICT yang berkesan. Kandungannya terdiri daripada 1. Acceptable Internet and E-mail Usage; 2.  Choosing Quality Passwords; 3.  Physical Security for the ICT Infrastructure; 4.  Mobile Computing  5.  Information Classification and Handling. Walaupun tiada jaminan bahawa keselamatan mutlak dapat dicapai dalam persekitaran kerja antarabangsa, namun penggunaan garis panduan dalam buku panduan ini seharusnya dapat mengurangkan risiko ancaman keselamatan yang dihadapi oleh sistem berasaskan ICT.

Tahun Terbit: 2005

 
Navigation
Informasi Terkini

BENGKEL PEMURNIAN PERANCANGAN STRATEGIK BTP

Tarikh : 26-29 Ogos 2008
Tempat : BTPN Perak

-------------------------------

PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN

1.  Mencipta sajak
2.  Teka silang kata
3.  Kuiz "Explorace"
4.  Pameran kemerdekaan

Tarikh tutup : 10 Sept. 2008
Keterangan lanjut, sila hubungi Sektor PSP.

-------------------------------

PELAWAAN MENULIS ARTIKEL UNTUK UNESCO DAN SEAMEO

(i) MAJALAH SEAMEO EDUCATION AGENDA 
** Tiada tempoh penghantaran

Sila rujuk Sektor PSP untuk maklumat lanjut

-------------------------------

 

Mutiara Kata
Jadual TV Pendidikan

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.