Intranet BTP
 Aplikasi Online

 Pautan

 





Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Profil » BTP
Pengenalan

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.  Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971.  Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah.  Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.  Kini,  BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.

Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.
Objektif Organisasi Bahagian Teknologi Pendidikan
  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.

  2. Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.

  3. Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.

  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.

  5. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 

Visi dan Misi
Visi
Wujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.

Misi

Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Moto

'Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'

Fungsi Utama Bahagian Teknologi Pendidikan
  1. Mengkaji dan mentafsir keperluan dasar pendidikan berkaitan dengan peranan teknologi pendidikan bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.

  2. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.

  3. Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui media cetak, radio, televisyen, CD-ROM dan rangkaian komputer.

  4. Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  5. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pembangunan pusat sumber sekolah.

  6. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program galakan membaca.

  7. Memberi khidmat bantu dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan.

  8. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.

 
Navigation
Informasi Terkini

----------------------------------

MESY PERANCANGAN PENYELARASAN 88 SEK. BESTARI BIL 1/2008

Tarikh : 24-26 Nov. 2008
Tempat : Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka

----------------------------------

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPM
(Kelolaan BTP)

Tarikh : 1 Dis. 2008
Masa  : 8.15 pg
Tempat : Padang antara Blok E11 & E12, Putrajaya 
(Sekiranya hujan, akan diadakan di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12)

----------------------------------

MESY JK LAMAN WEB/PORTAL BTP-BTPN-PTPB-PKG

Tarikh : 1 - 4 Dis. 2008
Tempat : BTPN Johor

Mutiara Kata
Jadual TV Pendidikan

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.