Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Profil » PKG
Pengenalan
Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat
  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat

Fungsi

 

  1. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
  2. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
  3. Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
  4. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah
  5. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
  6. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah
  7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.

 

 
Informasi Terkini

 

____________________________________________

Info RMK 10 : Pendidikan  Keseluruhan

____________________________________________

IMTEC 2010 - 4th International Malaysian Educational Technology Convention

Date  :  27-29 September 2010

Website : http://imetc2010.yolasite.com/

Email     : imetc2010@gmail.com

____________________________________________

 

Perutusan Hari Guru 2010 oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

________________________________________

Perutusan Hari Guru 2010 oleh Y. BHG. Tan Sri KPPM, Y. BHG. TAN SRI DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM  _________________________________________

Majlis Perutusan Tahun Baru 2010

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tarikh : 12 Januari 2010

Masa : 9.00-10.00 am

Sila Layari di EduWebTV

http://www.eduwebtv.com

 ________________________________________

NKRA KPM 2010

20091221 Education Open House slides BM

20091221 Education Open House slides English

________________________________________

Sekian, Harap Maklum

 
 
Mutiara Kata

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.