Keratan Akhbar : Utusan Malaysia, Jumaat 25 April 2008
(Tarikh kemaskini : 21 April 2008)
Program On Site Monitoring Sekolah Bestari
Program On Site Monitoring Sekolah Bestari adalah satu strategi yang diatur oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Multimedia Development Corporation (MdeC) untuk membantu 88 sekolah bestari mencapai penarafan lima bintang berasaskan petunjuk prestasi utama Smart School Qualification Standard (SSQS) menjelang bulan Jun 2008. Selain sekolah menjalankan program yang berunsurkan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran, guru-guru juga dibantu, dan diberi tunjuk ajar dalam mengolah bahan-bahan perisian kursus yang dibekalkan ke sekolah agar penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran lebih kreatif dan berkesan.
Untuk memastikan sekolah mendapat bantuan yang sewajarnya, satu pasukan Pegawai Pembimbing Smart School Qualification Standard (SSQS) Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah dilantik. Satu taklimat tentang prosedur pelaksanaan program untuk pegawai tersebut juga telah dijalankan pada 10 April 2008 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan. Pasukan pegawai pembimbing ini juga akan bertindak sebagai Jurulatih Utama kepada pegawai pembimbing baru apabila penarafan lima bintang bagi 10,000 sekolah dilaksanakan.

Bahan-bahan dokumen SSQS:1.Panduan Mengisi Borang Data Asas Petunjuk Prestasi Utama 2.Panduan Perlaksanaan Amalan Terbaik Bagi Pembudayaan ICT Di Sekolah Bestari 3.Buku Panduan Perkhidmatan Meja Servis Berpusat 4. Metodologi Pemantauan Secara `On-site’ Sekolah Bestari
Muat turun :
* Panduan Mengisi Borang Data Asas Petunjuk Prestasi Utama (pdf, 1.93 MB)
* Panduan Pelaksanaan Amalan Terbaik BagI Pembudayaan ICT di Sekolah Bestari (pdf, 1.27 MB)
* Metadologi Pemantauan Secara 'On-site' Sekolah Bestari (pdf, 1.87 MB)
(Tarikh kemaskini : 21 April 2008)
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 : 3 – 13 April 2008
Bahagian Teknologi Pendidikan turut terlibat dalam pameran bertemakan Pembestarian Sekolah semasa Pesta Buku Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 yang berlangsung dari 3 hingga 13 April di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada tahun ini. Buat julung kali, pameran ini dikendalikan oleh Sektor Pengurusan dan Pemantapan Sekolah Bestari dengan penglibatan dan bantuan semua sektor di Bahagian Teknologi Pendidikan. Gerai pameran Bahagian Teknologi Pendidikan telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan dianggarkan 800 orang pengunjung telah mengunjungi gerai pameran BTP untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pembestarian sekolah dan sekolah bestari, pendekatan dan penggunaan ICT terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, dan juga projek kongsi pintar Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pameran kali ini juga telah menarik minat golongan remaja dan pelajar dengan penyertaan mereka dalam kuiz yang diadakan berdasarkan perisian kursus sekolah bestari yang ditayangkan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan yang telah bertugas secara bergilir dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam untuk menjayakan pameran tahun ini.
PROJEK SEKOLAH ANGKAT KPM-INTEL:
LAWATAN Y.BHG. TAN SRI KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KE SMK SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR
Pada hari Isnin, 24 Mac 2008 ,Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan lawatan ke SMK Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur, salah satu dari sepuluh sekolah yang terlibat dalam Projek Sekolah Angkat KPM-Intel. Turut hadir bersama pada sesi lawatan berkenaan adalah Y. Bhg. Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Hajah Noor Rezan binti Bapoo, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sekolah), Dr. Salbiah bt. Ismail, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Tn. Hj. Zulkifly bin Wazir, Pengarah Bahagian Sekolah, serta Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd. Jabar, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tetamu Kehormat dari pihak Intel terdiri daripada Mr. Navin Shenoy, Intel Asia Pacific General Manager, Ms. Debjani Ghosh, Intel South East Asia Director dan Mr. Haji Ryaz Patel, Intel Country Manager.
Lagi Berita