Intranet BTP
 Aplikasi Online

 Pautan

 





Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Berita Terkini Sektor PSI

MEI 2008

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan dan Penambahbaikan Sistem Aplikasi Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Bil 1/2008
Pada 6 Mei  hingga   8 Mei 2008, satu mesyuarat Penyelarasan Pembangunan dan Penambahbaikan Sistem Aplikasi di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) anjuran Sektor Perkhidmatan Sokongan ICT (PSI) telah berlangsung dengan jayanya di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 6 orang pegawai wakil sektor-sektor di BTP, 15 wakil  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan 6 orang wakil dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang terpilih. Objektif  mesyuarat ini adalah untuk mengenal pasti sistem aplikasi sedia ada di BTP atau di rangkaian yang boleh ditambah baik bagi tujuan kefungsian yang efisien. Selain itu mesyuarat juga bertujuan mengenal pasti keperluan pembangunan sistem aplikasi baru yang diperlukan sama ada di BTP, BTPN atau PKG yang dapat membantu melancarkan lagi pengurusan pentadbiran di peringkat masing-masing. Keseluruhannya mesyuarat mengambil pendekatan perkongsian pintar di mana peserta berkongsi idea dan kemahiran masing-masing dalam pembangunan dan penambahbaikan sistem aplikasi demi kelancaran pengurusan orgnisasi. Syabas diucapkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini.


   

 

Januari 2008

Demo Automatic Registration Utilization System (ARUS).
Demo ARUS telah dijalankan pada hari Isnin, 18 Januari 2008 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara, Bahagian Teknologi Pendidikan. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Dr. Masnah bt. Ali Muda Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Pelbagai Media yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah, Pembangunan Pendidikan Bestari dan telah dihadiri oleh Syarikat Hayat Computer Network Sdn. Bhd dan semua wakil sektor di BTP. Tujuan demo ini diadakan adalah untuk  melihat sejauhmana kemampuan ARUS  mengumpul maklumat penggunaan komputer yang melibatkan penggunaan courseware dan laman web yang dilayari di internet di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.

Februari 2008

Aktiviti Pengemaskinian Portal Sektor oleh Web Master Sektor .
Selaras dengan  Penstrukturan Baru di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada Januari 2008, satu aktiviti pengemaskinian portal telah diadakan pada 03 hingga 04 Februari 2008 jam 2.30 petang  hingga 5.00 petang, bertempat di Makmal Utarid, BTP. Aktiviti pengemaskinian portal telah dibantu oleh dua orang wakil dari Syarikat One Pixel bersama dengan web master BTP, Melalui sesi tersebut setiap web master sektor dihendaki mengemaskinikan maklumat yang berkaitan dengan Misi, Visi, Fungsi, Piagam Pelanggan, Carta organisasi, Unit dan senarai pegawai, Perkhidmatan dan Berita terkini sektor masing-masing.

Transfer of Technology (ToT) untuk Administrator Portal BTP.
Satu sesi ToT untuk Administrator Portal BTP telah dijalankan pada Isnin, 14 Februari 2008 bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Makmal Utarid. Sesi tersebut telah dihadiri oleh semua pegawai dari Unit Portal dan web master sektor PSI. ToT tersebut telah disampaikan oleh dua orang wakil Syarikat One Pixel sdn.bhd. Tujuan ToT diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Administrator Portal secara menyeluruh ke atas pengurusan Portal BTP.

Mesyuarat Jawatankuasa Portal Bil.1/2008.
Mesyuarat  tersebut telah dijalankan  pada hari Khamis, 21 Februari 2008 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Mesra, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh  Ketua Unit Portal En. Zulkifle b. Muhammad dan telah dihadiri oleh Web Master BTP dan juga semua Web Master Sektor di BTP. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membuat penyelarasan bahan yang akan dimasukkan ke dalam Portal BTP, perancangan aktiviti bagi tahun 2008, dan proses kerja web master sektor & BTP ke arah mewujudkan satu Laman Web / Portal yang berinformasi dengan maklumat yang tepat, sahih dan terkini memandangkan Laman Web/ Portal adalah menggambarkan sesebuah agensi.

Mesyuarat smsSekolah Bil.1/2008.
Mesyuarat telah dijalankan pada hari Khamis, 27 Februari 2008 jam 11 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara, Bahagian Teknologi Pendidikan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y. Bhg Dr. Pengarah dan telah dihadiri oleh wakil dari Syarikat MyPressto dan semua wakil sektor di BTP. Objektif mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan  kontrak smsSekolah diantara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Syarikat MyPressto.  

Taklimat Human Resource Management Information System (HRMIS).
 Satu sesi taklimat HRMIS telah diadakan pada hari Selasa, 12 Februari 2008 jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Ketua Penolong Pengarah Sektor di BTP dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang terpilih dan juga semua warga BTP. Tujuan taklimat ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga BTP mengenai kepentingan mengemaskinikan maklumat Rekod Peribadi masing-masing. Satu borang pengemaskinian maklumat rekod peribadi telah diedarkan oleh pihak urusetia kepada semua warga BTP. Borang tersebut perlu di isi dan diserahkan kembali semasa proses pengemaskinian maklumat HRMIS yang akan dijalankan pada 26 Februari hingga 6 Mac 2008.

Pengemaskinian Maklumat Human Resource Management Information System (HRMIS).
Proses pengemaskinian maklumat HRMIS telah dilaksanakan pada 26 Februari hingga 6 Mac 2008 bermula jam 8.45 sehingga 4.45 petang, bertempat di Makmal Utarid, BTP. Sesi pengemaskinian maklumat telah dibahagikan kepada 11 sesi berdasarkan sektor di BTP. Proses pengemaskinian maklumat staf (Modul Pengurusan Rekod Peribadi) adalah berdasarkan borang yang telah diedarkan pada sesi taklimat yang telah dijalankan pada 12 Feruari 2008. Seramai tiga orang pegawai dari Unit Aplikasi, Sektor PSI telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi  fasilitator dengan tujuan untuk melancarkan proses pengemaskinian maklumat HRMIS. HRMIS boleh dicapai melalui rangkaian SchoolNet di laman http://www.eghrmis.gov.my/  

Mesyuarat Penyelarasan Laman Web BTPN, PTPB & PKG Zon Tengah
(Tarikh kemaskini : 8 Oktober 2007)
Mesyuarat Penyelarasan Laman Web BTPN, PTPB & PKG Zon Tengah akan diadakan pada 23 - 26 Oktober  2007, bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.  Mesyuarat akan dihadiri oleh 30 orang wakil dari BTP, semua BTPN, PTPB dan beberapa wakil PKG Zon Tengah.  Antara agenda mesyuarat ialah sesi latihan perisian grafik GIMPSHOP, taklimat penyelarasan tapak laman web mengikut ciri-ciri MAMPU & MDeC dan penyelarasan kandungan dan tapak hosting organisasi. 

Pegawai Bertukar
(Tarikh kemaskini : 8 Oktober 2007) 
En Lew Yeok Leng(PP DG44) telah bertukar ke Institut Aminudin Baki  pada 1 Oktober 2007 yang lepas.  Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.  Tempat beliau sebagai Ketua Unit Pelaksanaan kini diambil alih oleh Pn. Rohimah binti Baharudin.

Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengemaskinian Portal BTP
(Tarikh kemaskini : 23 Ogos 2007)

Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengemaskinian Portal BTP telah diadakan pada 27 - 30 Ogos 2007, bertempat di Hotel Empress, Sepang.  Selain memurnikan garis panduan pengemaskinian portal BTP, mesyuarat ini turut merangkumi sesi pemindahan teknologi portal BTP dan sesi latihan perisian grafik GIMPSHOP.  Mesyuarat ini jangka dihadiri oleh semua webmaster sektor BTP. 

Mesyuarat Penyelarasan Penambahbaikan Sistem Aplikasi di BTP - Sistem Pemantauan Pusat Akses Bil 2/2007 
Mesyuarat Penyelarasan Penambahbaikan Sistem Aplikasi di BTP - Sistem Pemantauan Pusat Akses Bil 2/2007  telah diadakan pada 7 - 10 Ogos 2007, bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.  Mesyuarat diadakan bagi membuat penyelarasan penambahbaikan ke atas sistem pemantauan pusat akses sedia ada.  Mesyuarat dihadiri oleh semua wakil sektor BTP, BTPN dan beberapa PKG berhampiran. 

Mesyuarat Penyediaan Instrumen Penilaian Penggunaan WSMS & LCMS
Mesyuarat Penyediaan Instrumen Penilaian Penggunaan WSMS & LCMS telah diadakan pada 30 Jul - 2 Ogos 2007, bertempat di Hotel City Bayview, Langkawi.  Mesyuarat diadakan bagi membuat penyelarasan ke atas instrumen sedia ada dengan sistem WSMS terkini, disamping menyediakan instrumen penilaian penggunaan LCMS.  Mesyuarat  dihadiri oleh semua wakil sektor BTP, BTPN dan beberapa PKG berhampiran. 

Mesyuarat Verifikasi Senarai Sekolah Bagi Pelaksanaan MyGfL Tahun 2007
Mesyuarat Verifikasi Senarai Sekolah bagi Pelaksanaan MyGfL Tahun 2007 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Semarak, BTPN Selangor pada 23 - 24 Julai 2007 lepas.  Mesyuarat dihadiri oleh wakil dari JPN, BTPN dan BTP. Mesyuarat telah dipengerusikan Dr Masnah bt Ali Muda, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari.

Mesyuarat Penyelarasan Penambahbaikan Sistem Aplikasi di BTP-KPI Pembestarian
Mesyuarat Penyelarasan Penambahbaikan Sistem Aplikasi di BTP-KPI Pembestarian telah diadakan pada 10 - 13 Julai 2007 di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada wakil sektor BTP, wakil BTPN dan PKG menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan penambahbaikan ke atas sistem aplikasi KPI Pembestarian. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP Sektor Aplikasi Pendidikan.




 
Navigation

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.