UNIT PENYELARASAN DASAR
- Menyelaras persediaan dan laporan pencapaian sasaran kerja tahunan BTP-BTPN-PTPB-PKG
- Merancang dan mengurus pelaksanaan dasar berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan dan Pembestarian Sekolah
- Mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen
- Menyediakan maklum balas kepada perkara berbangkit, penyediaan Kertas Cadangan/Kertas
- Makluman/Kertas Konsep untuk mesyuarat utama KPM
- Menyediakan maklumat berkaitan hal-hal dasar yang diminta oleh Bahagian/Agensi Kerajaan dan antarabangsa
- Menjalankan tugas sebagai urus setia mesyuarat diperingkat BTP dan KPM
- Merancang, membangun,menyelaras dan memantau Penilaian Program BTP
- Menyelaras dan mentafsir dokumen perjanjian / memorandum perefahaman (MOU) / kontrak bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan BTP dengan pihak swasta
- Merancang, membangun, menyelaras dan memantau Data Dictionary Sektor Awam(KPM)
- Menyelaras dan melapor status dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam PIPP
UNIT PENYELARASAN BAJET
- Memantau dan menilai Prestasi Perbelanjaan Tahunan bagi BTP-BTPN-PTPB-PKG mengikut Objek Am dan fungsi yang ditetapkan
- Mengurus dan menyelaras peruntukan bajet.
- Membuat penyemakan proses pendaftaran dan pembayaran.
- Menyediakan laporan berhubung bajet unutk pengurusan bajet.
- Mengurusetia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) BTP.
- Menyelaras penyediaan laporan status perbelanjaan bulanan mengikut objek am dan fungsi bagi BTP dan rangkaian.
UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
- Merancang dan mengurus hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf BTP-BTPN-PTPB-PKG.
- Menjalankan tugas sebagai urus setia mesyuarat-mesyuarat perjawatan peringkat BTP /BTPN/PTPB dan PKG.
- Menyelaras semua urusan permohonan yang berkaitan dengan perjawatan.
- Melaksanakan kajian keperluan perjawatan dan menyediakan kertas cadangan dan laporan.
UNIT PENYELARASAN PEMBANGUNAN
- Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan di bawah BTP
- Menyelaras penyediaan spesifikasi brif projek RMKe-9
- Memantau pelaksanaan projek fizikal BTP
- Mengurus dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan bangunan BTP-BTPN-PTPB-PKG
- Memantau kerosakan bangunan akibat bencana alam
- Mengemaskini data kemajuan projek dalam sistem pemantauan projek (SPP2) Versi Web
- Mengemaskini data kemajuan projek dalam sistem pemantauan projek (SPP2) Versi Web
- Menjalankan tugas sebagai urus setia mesyuarat JK penyelarasan pelaksanaan projek RMKe-9 BTP
- Menyelaras dan menyediakan cadangan belanjawan pembangunan, kerja ubah suai/naik taraf dan pembaikan kecil
- Menyelaras kajian separuh penggal projek-projek pembangunan di bawah BTP