FUNGSI UNIT SIARAN DAN RAKAMAN STUDIO
Memberi perkhidmatan teknikal kepada semua aspek aktiviti penerbitan dan siaran rancangan di studio, auditorium atau bilik suntingan di Bahagian Teknologi Pendidikan seperti pencahayaan, sistem kamera, rakaman, sistem suntingan dsb.
Mengurus serta mengendali peralatan di studio dan auditorium dengan cekap, cermat dan berkesan bagi mengelak pembaziran dan penyalahgunaan peralatan.
Mempastikan pengurusan peralatan dititikberatkan dengan inventori aset dan rekod disimpan dengan baik dan dikemaskini.
Mempastikan pelaksanaan pengurusan kualiti sentiasa dipatuhi.
FUNGSI UNIT SIARAN DAN RAKAMAN LUAR
Memberi perkhimatan teknikal kepada aktiviti penerbitan luar termasuk pengendalian peralatan ENG dan Van Siaran Luar dalam aspek pencahayaan, sistem kamera, rakaman dsb.
Mengurus serta mengendali peralatan di ENG dan Van Siaran Luar dengan cekap, cermat dan berkesan bagi mengelak pembaziran dan penyalahgunaan peralatan.
Mempastikan pengurusan peralatan dititikberatkan dengan mengemaskini inventori, harta modal dan rekod disimpan dengan baik.
Mempastikan pelaksanaan pengurusan kualiti sentiasa dipatuhi.
FUNGSI UNIT PENYENGGARAAN DAN PEMANTAUAN BTP/PSPN/PKG
Melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan pencegahan dan pembaikan kepada semua peralatan penyiaran dan elektronik di studio, auditorium, van siaran luar BTP serta peralatan penerbitan di PSPN supaya keadaan peralatan dalam keadaan memuaskan dan bersedia untuk digunapakai.
Memantau serta memberi khidmat nasihat kepakaran terhadap penggunaan peralatan canggih penyiaran dan berteknologi tinggi terkini kepada pegawai teknikal di PSPN supaya mutu teknik bahan-bahan rancangan untuk siaran TVP dapat dipertingkatkan.
Memberi bantuan teknik kepada pihak-pihak penerbitan dan siaran dengan kadar segera jika terjadi sebarang masalah dalam penggunaaan peralatan penyiaran dan elektronik sedia ada di Bahagian Teknologi Pendidikan dan PSPN.
Menjalankan perkhidmatan penyenggaraan pencegahan dan pembaikan mengikut proses dan prosedur yang telah diperuntukan mengikut piawai pengurusan penyenggaraan berkualiti.