Sektor Pengurusan Manusia dan Latihan adalah salah satu sektor di bawah Pengurusan Teknologi Pendidikan yang bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program latihan staf Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dan Pusat Kegiatan Guru.
Visi
Visi Sektor Pengurusan Manusia dan Latihan ialah "Staf Berpemikiran, Organisasi Berpemelajaran" (Thinking Staff, Learning Organisation)".
Staf yang berpemikiran dan komited berupaya menghadapi cabaran masa depan dari segi membudayakan penggunaan teknologi pendidikan berdasarkan keperluan abab ke-21.
Organisasi berpemelajaran sentiasa mencabar andaian dan perubahan, dan berusaha menyelesaikan masalah secara aktif, kreatif dan inovatif.
Misi
Misi Sektor Pengurusan Manusia dan Latihan ialah untuk memastikan staf Bahagian Teknologi Pendidikan mendapat latihan yang mencukupi bagi memperkembangkan potensi dan memantapkan kompetensi mereka sebagai staf yang berperanan dan bertanggungjawab.
Fungsi
Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia, latihan, pengurusan perubahan dan laluan kerjaya staf BTP, BTPN, PTPB, PKG dan pihak berkepentingan.
Menyelaras, merancang, mengurus, membimbing, melaksanakan dan memantau program latihan, pengurusan perubahan dan laluan kerjaya untuk Jurulatih Utama BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
Merancang dan mengurus hal-hal perjawatan, perkhidmatan staf BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau prestasi pelaksanaan dan dokumentasi program latihan, pengurusan perubahan dan laluan kerjaya staf BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
Piagam Pelanggan
Memastikan pegawai dan staf di semua peringkat diberi latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
Merancang, mengurus, memantau dan menilai program pembangunan sumber manusia dan latihan staf BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Merancang, mengurus, memantau dan menilai Program Bimbingan Kejurulatihan untuk Jurulatih Utama BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program suai kenal, program segar dan program prapersaraan staf BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Unit Pengurusan Perubahan
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program pengurusan perubahan staf BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Merancang, mengurus, memantau dan menilai Program Bimbingan Kejurulatihan dan Pengurusan Perubahan untuk Jurulatih Utama BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Menyelaras, merancang, mengurus, melaksana dan memantau program psikologi dan kaunseling untuk meningkatkan kualiti kerja di kalangan staf. Merancang, mengurus, memantau dan menilai Program Bimbingan Kejurulatihan untuk Jurulatih Utama BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Unit Pengurusan Laluan Kerjaya
Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau hal berkaitan dengan tahap kompetensi sejajar dengan laluan kerjaya staf BTP, BTPN, PTPB dan PKG
Mengurus hal berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan penanggungan kerja berdasarkan dasar dan surat pekeliling yang berkuatkuasa
Menguruskan hal lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke perkhidmatan berpencen, penempatan, pertukaran sementara, cuti persaraan, tata tertib, maklumat dan data personel, rekod perkhidmatan dan pergerakan gaji
Unit Penyelarasan Sumber dan Dokumentasi
Mengurus dan menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti program latihan, pengurusan perubahan dan laluan kerjaya
Merancang, mengurus, menyelaras, menilai dan mendokumentasi cadangan perbelanjaan tahunan program latihan, pengurusan perubahan dan laluan kerjaya
Menyelaras, memantau, menilai dan melapor prestasi penggunaan peruntukan Anggaran Belanja Mengurus Sektor, Latihan Dalam Perkhidmatan dan One-Off
Mengurus dan menyelaras segala dokumentasi berkaitan dengan aktiviti program latihan, pengurusan perubahan, laluan kerjaya dan pengurusan kewangan