Berita Pengurusan Perubahan

KURSUS PRA PERSARAAN  ZON SEMENANJUNG 2007 
UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI BTP DAN RANGKAIAN

Pada 23 hingga 26 Julai 2007 yang lalu Kursus Pra Persaraan (Zon Semenanjung) untuk pegawai-pegawai BTP dan Rangkaian telah diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.  Kursus itu telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta yang bakal bersara pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Program latihan ini bertujuan untuk membantu bakal-bakal pesara membuat perancangan untuk menempuhi kehidupan selepas persaraan. Antara matlamat kursus ialah:

  1. Memahami skim pencen, faedah di bawah skim pencen dan peranan bakal pesara.
  2. Merancang kehidupan kekeluargaan dalam suasana yang berbeza setelah bersara.
  3. Membina wawasan peribadi.
  4. Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan.
  5. Meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan untuk dimanfaat selepas bersara.
  6. Membina rangkaian kawan-kawan dan hubungan rapat sesama sendiri di kalangan pesara.
  7. Meningkatkan ilmu keusahawanan dan selok belok perniagaan agar dapat memberi maklumat sebelum pesara membuat keputusan  sama ada untuk menceburkan diri dalam perniagaan atau tidak.

Kursus ini telah berjaya menarik minat peserta dan dapat memberi semangat dan keyakinan kepada peserta kursus agar lebih positif menghadapi hari-hari akhir sebelum persaraan mereka. Ketua Penolong Pengarah, Sektor  Pengurusan Manusia dan Latihan, Cik Chan Foong Mae telah merasmikan Majlis Penutup kursus ini. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Perubahan, Sektor Pengurusan Manusia dan Latihan.

Tata Cara dan Prosedur Pengurusan Latihan
TATA CARA DAN PROSEDUR PENGURUSAN LATIIHAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN-BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN-PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN-PUSAT KEGIATAN GURU

Sektor Pengurusan Manusia dan Latihan telah menyediakan Tata Cara Dan Prosedur Pengurusan Latiihan Bahagian Teknologi Pendidikan-Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian-Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian-Pusat Kegiatan Guru untuk pengurusan latihan di BTP, BTPN, PTPB dan PKG. Dokumen akan membantu BTP, BTPN, PTPB, PKG melaksanakan latihan memengikut prosedur MS ISO 9001: 2000 yang diamalkan.
 
Untuk muat turun, sila klik [ di sini ].
 
Navigation

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.