Memberi khidmat bantu dan nasihat berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada BTP.
Menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan rangkaian yang berterusan kepada BTP diselenggara dan berfungsi dengan baik.
Memastikan perkakasan, perisian ICT dan rangkaian di BTP diselenggara dan berfungsi dengan baik.
Visi
Wujudnya budaya penggunaan ICT secara optimum demi kecemerlangan Pendidikan.
Misi
Mewujudkan dan menyokong budaya penggunaan ICT bagi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan misi Bahagian Teknologi Pendidikan
Fungsi
Mengurus, memantau, menyenggara infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem BTP dan rangkaian serta sekolah.
Merancang, mengkaji dan melaksana sistem keselamatan ICT dan data
Merancang, mengawal, mengurus dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada BTP dan rangkaian serta sekolah.
Mengurus dan memastikan proses pelupusan perkakasan ICT di BTP dan rangkaian dan agensi-agensi kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menangani segala aduan kerosakan perkakasan dan perisian serta gangguan rangkaian.
Mengurus dan menyediakan fasiliti pengkomputeran yang terkini untuk memenuhi keperluan pengguna.
Merancang dan mengurus penggunaan perisian komputer, rangkaian dan sekuriti yang piawai.
Piagam Pelanggan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan perkakasan ICT dalam tempoh 3 hari bekerja.
Memastikan pengagihan komputer pelupusan/terpakai ke sekolah selesai dalam tempoh 3 bulan.
Memastikan Pusat Repositori dan sistem rangkaian BTPnet 90% dalam keadaan tersedia dan berfungsi.
Carta Organisasi
Unit
Ketua Penolong Pengarah - Pn. Fazlina Binti Hashim