PELANCARAN PROGRAM INTERVENSI i-LEARN

Program Intervensi i-Learn adalah satu pendekatan pengajaran guru ke arah pembelajaran aktif dalam kalangan murid di dalam dan di luar bilik darjah. Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah penglibatan murid dalam aktiviti secara langsung sama ada secara individu atau berkumpulan. Di samping itu murid juga terlibat dalam memproses dan menganalisis maklumat yang diperoleh.
Melalui Program Intervensi i-Learn guru-guru dapat:
- Membentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkesan
- Menyediakan aktiviti pembelajaran aktif yang berpusatkan murid
- Mengintegrasikan bahan sumber pendidikan (penekanan kepada bahan-bahan digital KPM) mengikut objektif pembelajaran
- Menerapkan kemahiran berfikiran aras tinggi (higher order thinking skill) dalam kalangan murid
Program Intervensi i-Learn telah dilancarkan di satu Majlis pada 10 Julai 2007 di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan oleh Dr. Masnah bt. Ali Muda (KPP SPPM) yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari BTP, dan dihadiri KPP BTPN Kelantan, pegawai-pegawai BTP dan JPN serta guru-guru dari Kelantan dan Terengganu .
Berikut adalah gambar-gambar aktiviti-aktiviti pelancaran dan bengkel:





PROGRAM INTERVENSI i-LEARN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERINGKAT ZON SELATAN 13-16 OGOS 2007.
Program ini telah berjaya dilaksanakan di sebuah hotel di Melaka dengan penglibatan 97 orang guru sekolah rendah dan menengah dari sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Seperti yang dijalankan di negeri lain, program ini melibatkan hanya 5 mata pelajaran iaitu, Matematik, Sains, Agama, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dengan sedikit ilmu dan konsep tentang Intervensi i-Learn, guru-guru telah menghasilkan projek-projek yang amat memberangsangkan.
Berikut adalah gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan:





