Penghargaan dan Terima Kasih
Semua pegawai Sektor Q & R mengucapkan tahniah kepada warga BTPN Melaka di atas kejayaan melalui proses pengauditan SIRIM pada 21-23 Januari yang lalu serta pengesyoran penganugerahan MS ISO 9001:2000. KPP Sektor, Puan Lucia Quek Sai Gearn turut melahirkan kegembiraan kerana melihatkan komitmen tinggi semua pihak termasuk pasukan Unit Audit Kualiti Sektor BTP dan BTPN Negeri Sembilan yang turut sama turun padang membantu. Syabas dan tahniah !.
Petikan Ucapan KPP Sektor Pengurusan Kualiti dan Rangkaian di Perhimpunan Bulanan BTP Bulan Januari 2008
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kualiti dan Rangkaian (Q&R), Puan Lucia Quek Sai Gearn menegaskan bahawa antara sasaran fungsi sektor Q & R tahun 2008 ialah untuk merancang, mengurus serta mengawal segala aktiviti yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti BTP dan BTPN. Dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Bulanan BTP yang dilangsungkan pada 18 Januari lalu, menyatakan bahawa bagi mencapai kejayaan yang diharapkan semua pihak perlu mengamalkan dan menitikberatkan prinsip-prinsip asas bekerja iaitu ketepatan masa, keadaan dan keperluan ahli-ahlinya, nilai-nilai kerjasama dan perpaduan, pengorbanan semua warga, komitmen yang tinggi, rasa sayang terhadap organisasi dan sedia berkhidmat dalam satu pasukan (organisasi). Beliau juga menekankan bahawa, pengurusan proses kualiti perlu melibatkan kawalan 7 `K' iaitu kawalan masa, kawalan konsep, kawalan konteks, kawalan komunikasi, kawalan hati, kawalan sebab-sebab dan kawalan penumpuan kepada permasalahan.
Ucap
an Selamat Tahun Baru 2008 dari KPP Sektor Jaminan Kualiti
KPP Sektor Q, Puan Lucia Quek Sai Gearn mengucapkan `Selamat Tahun Baru 2008' kepada semua pegawai BTP dan BTPN seluruh negara. Beliau berharap tahun 2008 yang tiba akan menyuntik semangat bekerja dengan lebih berkualiti lagi terutama dalam mengekalkan sistem bekerja berasaskan MS ISO 9001:2000.
Tahniah dan Syabas Untuk BTPN Pahang, Perak dan Sabah
BTPN Pahang, Perak dan Sabah sekali lagi mengikuti BTPN sebelumnya selesai menjalani pengauditan pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan mendapat syor pensijilan MS ISO 9001: 2000. Mengikut laporan yang diterima, BTPN Perak mendapat 1 NCR manakala BTPN Pahang dan BTPN Sabah masing-masing tidak memperolehi sebarang NCR. KPP Sektor Q, Puan Lucia Quek Sai Gearn ketika mengulas perkembangan terbaru, terharu dengan komitmen yang ditunjukan semua pegawai ketiga-tiga BTPN negeri dan berharap kualiti akan diteruskan dan dijadikan asas untuk mencapai kecemerlangan yang gemilang dimasa-masa akan datang.
Tahniah Buat Warga BTPN Terengganu dan BTPN Pulau Pinang
Semua pegawai Sektor Q mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua KPP dan semua warga BTPN Terengganu dan Pulau Pinang atas kejayaan mendapat syor pensijilan MS ISO 9001: 2000 daripada SIRIM QAS Sdn Bhd. KPP Sektor Jaminan Kualiti, Puan Lucia Quek Sai Gern ketika mengulas, menyatakan kegembiraannya atas kejayaan ini dan berharap kedua-dua negeri tersebut akan terus memberikan komitmen padu bagi memastikan kualiti terus menjadi teras dalam setiap kerja dimasa-masa akan datang.
Giliran Terengganu dan Pulau Pinang
Setelah BTPN Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kini giliran BTPN Terengganu dan BTPN Pulau Pinang pula akan diaudit oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Bagi memastikan persediaan secukupnya, pegawai Unit Audit Kualiti, yang di ketuai oleh Puan Lucia Quek Sai Gern, sekali lagi turun padang untuk memberikan khidmat bantu bersama-sama pasukan kualiti BTPN negeri bagi membuat persediaan. Puan Lucia Quek Sai Gern dan En. Addnan bin Abd. Hamid memberikan khidmat bantu di BTPN Terengganu manakala Puan Nornai'lah bt Abd. Latif dan En. Teoh Bonn Hai memberikan khidmat bantu di BTPN Pulau Pinang.
Syabas dan Tahniah
Semua pegawai Sektor Jaminan Kualiti (Sektor Q) mengucapkan tahniah kepada BTPN Perlis , BTPN Kelantan , BTPN Negeri Sembilan dan BTPN Sarawak kerana telah berjaya melalui proses Audit Pematuhan SIRIM baru-baru ini dan memperolehi Sijil ISO 9001:2000. Ketika berita ini ditulis, BTPN Kedah dan BTPN Wilayah Persekutuan juga dalam proses pengauditan. KPP Sektor Q, Puan Lucia Quek Sai Gearn ketika mengulas perkembangan ini, berharap kejayaan mereka akan menjadi pendorong untuk kerja yang lebih berkualiti di masa-masa akan datang.
Khidmat Bantu Sektor Jaminan Kualiti kepada BTPN
(November dan Disember)
Sektor Jaminan Kualiti yang diketuai oleh Puan Lucia Quek Sai Gearn (KPP Sektor Q) dan Unit Audit Kualiti telah turun padang membantu BTPN dalam proses Audit Pematuhan MS ISO 9000:2001 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Aktiviti turun padang sejak awal November lalu bertujuan membantu memastikan semua dokumen terutama PKP dan PKPS dan Pengurus Dokumen (PD) berada dalam keadaan bersedia menghadapi proses audit. Sehingga berita ini ditulis, BTPN Kelantan, BTPN Perlis, BTPN Negeri Sembilan dan BTPN Sarawak telah selesai melalui proses pengauditan SIRIM.
Perhimpunan Bulanan, Hari Kualiti, Jamuan Hari Raya dan Deepavalli Tahun 2007
(9 Nov. 2007)
Sektor Jaminan Kualiti bersama-sama dengan Sektor TVP dan PPM telah menganjurkan Perhimpunan Bulan November , Hari Kualiti BTP, Jamuan Hari Raya dan Deepavalli bagi tahun 2007. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybg. Bhg. Dr. Masnah bt. Ali Muda, KPP PPM yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari. Dalam pertandingan sempena Hari Kualiti kali ini, Sektor Jaminan Kualiti telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Kategori Anugerah 5S . Tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan staff Sektor Q.





Program Hari Bertemu Pelanggan KPM Bagi Bulan November
(3 November 2007)
Unit Perhubungan Awam dan Aduan Pelanggan (UPAAP) telah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan KPM Bagi Bulan November yang telah diadakan di Langkawi Fair Shopping Complex, Langkawi, Kedah baru-baru ini. Program yang dianjur bersama JPN Negeri Kedah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Zulkarnain bin Hj. Awang, KSU, KPM. Dalam ucapannya, KSU telah menegur ketiadaan pegawai atasan KPM di gerai-gerai bahagian untuk memberi input terkini dan untuk membuat keputusan terus bagi soalan-soalan dari pelanggan disamping web-site KPM yang tidak dikemaskinikan. Ketiadaan borang-borang seperti pertukaran guru, borang KWAPM dan seumpamanya turut ditegur KSU. 3 orang pegawai BTP termasuk 12 pegawai BTPN telah bertugas di gerai BTP. Dalam program ini, seramai 1,221 orang telah mengunjungi gerai BTP. Syabas


Mesyuarat Laporan Dapatan Audit Dalaman BTPN
(29 Oktober - 1 November 2007)
Satu mesyuarat Laporan Dapatan Audit Dalaman BTPN akan diadakan pada 29 Oktober hingga 1 November 2007. Mesyuarat yang diadakan di Pulau Pinang bertujuan untuk membentangkan dapatan audit yang telah diperolehi semasa Audit Dalaman. Selain daripada itu ahli mesyuarat juga akan diberi taklimat tentang pengisian agenda Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) di samping perkara-perkara yang berkaitan dengan Audit Pematuhan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Ahli mesyuarat ini terdiri dari Wakil Pengurusan, Pengurus Kualiti, Pengurus Dokumentasi, Ketua Juruaudit Dalaman dan Penolong Juruaudit Dalaman di setiap BTPN.
Audit Susulan BTPN
(22-26 Okt. 2007)
Semua BTPN yang telah melalui Audit Dalaman akan menjalani Audit Susulan yang akan bermula pada 22 hingga 26 Oktober 2007. Audit Susulan ini bertujuan untuk melihat tindakan pencegahan kepada ketidakpatuhan yang telah berlaku semasa Audit Dalaman dijalankan. Audit Susulan ini akan dijalankan oleh juruaudit dari BTP yang telah menjalankan Audit Dalaman sebelum ini.
Majlis Pelancaran Projek Sekolah Angkat KPM - Intel SMK Clifford Peringkat Negeri Pahang
(25 Okt. 2007)
Majlis Pelancaran Projek Sekolah Angkat KPM - Intel, SMK Clifford Peringkat Negeri Pahang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan SMK Clifford, Kuala Lipis Pahang. Majlis ini terah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dr. Salbiah bte. Ismail, Pengarah BTP. Majlis ini antara lainnya adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada warga pendidik di Negeri Pahang berkenaan konsep dan pelaksanaan projek bagi mencapai sasaran 1:1 Learning, meningkatkan akses kepada komputer untuk murid di sekolah, melatih guru meningkatkan pembelajaran berdasarkan inkuri dan melatih pemimpin sekolah dari segi pembangunan pelan ICT. Majlis yang turut disertai oleh En. Abd Aziz bin Hj. Abdul Latif, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang telah mengadakan lawatan ke Kelas Projek Sekolah Angkat KPM-Intel SMK Clifford pada sesi petangnya.



Audit Dalam MS ISO 9001:2000 BTPN
(24 Sept - 4 Okt. 2007)
BTPN telah menjalankan aktiviti Audit Dalaman MS ISO 9001:2000 pada 24 Sept - 4 Okt 2007. Audit Dalaman ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Audit Dalaman Fasa 1 yang melibatkan negeri-negeri dari kumpulan A (Kedah, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) pada 24 hingga 27 Oktober dan Audit Dalaman Fasa 2 bagi negeri -negri dari Kumpulan B (Perlis, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan KL, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) pada 1 hingga 4 November 2007. Audit Dalaman tersebut telah dijalankan oleh Juruaudit Dalam dari BTP dan BTPN yang telah mendapat latihan dari SIRIM Training Service Sdn. Bhd.
Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2007
(13 September 2007) - UPK
Kumpulan Projek Inovasi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan sebagai wakil BTP telah terpilih untuk menyertai peringkat akhir pertandingan Anugerah Inovasi KPM 2007 yang telah diadakan di Dewan Sebaguna Parcel E, Putrajaya pada 13 September 2007. Kumpulan Inovasi BTPN Kelantan mempertandingkan projek Inovasi mereka KLIK UNTUK JAYA( KUJ) iaitu satu inovasi dalam bidang sistem penyampaian perkhidmatan. Objektif KUJ adalah untuk meningkatkan penggunaan CDRI, memantapkan pengurusan CDRI dan mengalakkan pembelajaran berbantukan komputer di rumah. Matlamat KUJ bertujuan untuk menyokong proses Pembestarian Sekolah dengan memberi tumpuan kepada tunjang P&P Bestari iaitu akses kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri. Kumpulan Inovasi BTPN Kelantan dianggotai oleh En.Mohamad Dain B. Othman, En.Abul Fuad B. Mohamed Salim, En. Lokman B. Ishak, En.Mohd. Ghazali B. Ahmad, En.Zailani B. Mahmod, En.Roslan B. Muhamad dan En.Redzuan B. Hussin. Beberapa sesi pemurnian telah diadakan di BTP di mana Kumpulan Inovasi ini dibantu oleh satu Jawatankuasa yang diurusetiakan oleh Sektor Jaminan Kualiti.
Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2000 Untuk KPP BTP dan BTPN
(26 hingga 30 Ogos 2007) - UAK
Sektor Jaminan Kualiti,BTP dengan kerjasama SIRIM Training Sdn. Bhd. akan menganjurkan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2000. Kursus ini diadakan di Crystal Crown Hotel, Pelabuhan Klang bermula 26 Ogos hingga 30 Ogos 2007. Kursus ini bertujuan menjelaskan kepada Ketua Penolong Pengarah dan Wakil Pengurusan di BTP dan BTPN tentang keperluan Standard MS ISO 9001:2000 bagi melaksanakan Audit Dalaman di Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Seramai empat puluh lapan (48) orang peserta akan menghadiri kursus ini yang terdiri dari semua Ketua Penolong Pengarah di BTP dan BTPN serta Wakil Pengurusan di empat belas buah BTPN. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu KPP dan Wakil Pengurusan memahami keperluan-keperluan Standard MS ISO 9001:2000 serta memahami prinsip pengurusan audit dalaman yang akan diadakan di BTPN bermula 24 Ogos hingga 4 Oktober 2007 nanti.
Lawatan Kerja Penandarasan BTPN Terengganu ke Pusat Kualiti, BTP
(22 Ogos) - Unit PAAP
Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu (BTPN Terengganu) telah mengadakan lawatan kerja ke BTP pada Hari Khamis, 22 Ogos yang lalu. Lawatan ini terdiri dari 40 orang pegawai BTPN Negeri, Pegawai Teknologi Pendidikan dan Pembantu Tadbir di PKG. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pegawai dan Pembantu Tadbir PKG mengenai aspek kualiti yang diamalkan di BTP khususnya dalam merealisasikan Sistem Pengurusan Berkualiti (SPK) di BTP.
Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Petugas Kualiti BTPN SeMalaysia
(14-17 Ogos)
Sektor Jaminan Kualiti BTP akan mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Petugas Kualiti BTPN SeMalaysia pada 14 hingga 17 Ogos bertempat di BTP
N Johor. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan, KPP Sektor Jaminan Kualiti dan pegawai-pegawai dari unit Audit Kualiti, Unit Dokumentasi dan semua Ketua Unit serta Pegawai Dokumentasi dari 14 buah BTPN. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan status terkini laporan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di setiap BTPN dan juga untuk penambahbaikan dokumen kualiti selepas Adequacy Audit (Audit Kecukupan) oleh SIRIM.
Audit Pemantauan Sektor
(6-10 Ogos 2007)
Sektor Jaminan Kualiti akan mengadakan pemantauan sektor mulai 6-10 Ogos 2007. Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mengesan kelebihan dan kekurangan prosedur dan proses kerja sektor. Kelebihan prosedur dan proses kerja sektor boleh disebarluaskan unutk pemantapan SPK organisasi. Pasukan Audit yang melibatkan semua pegawai sektor Q akan memantau semua pelaksanaan SKT Sektor, status projek-projek terancang, status projek ad-hoc, penyediaan fail meja, status JK di bawah sektor dan prestasi perbelanjaan sektor tahun semasa.
Selamat Hari Lahir
(3 Ogos dan 6 Ogos)
Pegawai Sektor Q telah mengadakan majlis ringkas sambutan harijadi dua orang pegawai iaitu En. Teoh Boon Hai (ke 45) dan En. Addnan bin Abd. Hamid (ke 38) di Bilik Mesyuarat PKD pada hari Jumaat, 3 Ogos yang lalu. Majlis yang turut dihadiri KPP Sektor Q, Puan Lucia Quek Sai Gearn telah menyampaikan hadiah kepada kedua pegawai tersebut bagi pihak semua pegawai Q. Selamat panjang umur dan murah rezeki.


Kursus Pemurnian Fail Meja
(31 Julai - 1 Ogos 2007)
Unit Dokumentasi, Sektor Jaminan Kualiti telah menganjurkan bengkel pemurnian Fail Meja untuk semua kakitangan unit Perkhidmatan dan Kewangan. Bengkel
tersebut telah diadakan di Makmal Latihan (Utarid) BTP. En. Addnan Abd. Hamid dari Unit Audit Kualiti telah dijemput sebagai Pemudahcara kepada bengkel pemurnian Fail Meja tersebut.
Kursus Juru Audit Untuk Pegawai BTP dan BTPN
(23-27 Julai 2007)
Kursus Juru Audit Dalam MS ISO 9001:2000 telah diadakan di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Audit Kualiti, Sektor Jaminan Kualiti dengan kerjasama pihak SIRIM Training dan telah dihadiri seramai 68 orang Juru Audit Dalaman dari BTP dan BTPN. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Suhaimi bin Mohd Daud dan Puan Faizah bt Baba dari SIRIM selama 3 hari. Tujuan kursus ini adalah bagi memantapkan kemahiran audit kepada Juru Audit BTP dan BTPN berdasarkan Standard MS ISO 9001:2000. Mesyuarat Penyelarasan dan Penyediaan Senarai Semak juga telah diadakan bertujuan bagi memudahkan pelaksanaan audit dalaman yang akan diadakan bermula 24 September - 4 Oktober di 14 buah BTPN seluruh Malaysia.




Seminar `The Online ICT in Education Tool Kit For Policymakers, Planners and Practitioners'
(25-29 Jun)
BTP dengan kerjasama UNESCO Bangkok dan USM, Pulau Pinang telah menganjurkan seminar `The Online ICT in Education Tool Kit For Policymaker Planners and Practitioners' pada 25 - 29 Jun 2007 di Paradise Sandy Bay, Pulau Pinang. Unit Pemastian Kualiti telah menjadi Urus Setia bagi seminar tersebut. Acara pembukaan seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Hon Choon Kim.
Kursus Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 BTPN
(4-28 Jun)
Unit Audit Kualiti, Sektor Jaminan Kualiti telah mengadakan Kursus Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 BTPN pada bulan Jun yang lalu. Kursus tersebut dibahagikan kepada 4 Zon iaitu Zon 1 di Telok Dalam Resort, Pulau Pangkor pada 4-7 Jun yang dihadiri oleh pasukan petugas kualiti negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Zon 2 di Hotel Allson Klana, Nilai pada 11-14 Jun dihadiri ole
h pasukan petugas kualiti negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Zon 3 di Impiana Cherating, Kuantan pada 18-21 Jun dihadiri oleh pasukan petugas kualiti negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Zon 4 di Hotel Dynasty, Sarawak pada 25-28 Jun dihadiri oleh pasukan petugas kualiti negeri Sarawak dan Sabah. Semua Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Puan Rozainum bt Ahmad, Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan BTP. Pengisian kursus tersebut telah disampaikan oleh En. Addnan bin Abd. Hamid dan En. Brian Christopher De Rozario, Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti BTP.