UNIT AUDIT DALAM
1. Merancang, mengurus dan melaksanakan program Audit Kualiti Bahagian Teknologi Pendidikan.
• Melaksanakan perancangan Audit Tahunan yang telah disediakan dan diluluskan.
• Menyediakan laporan bagi sesi Audit yang telah dijalankan yang merangkumi laporan ketidakpatuhan, peluang-peluang penambahbaikan.
• Mengesan dan mengawal tindakan pembetulan dan pencegahan terhadap proses dan prosedur kualiti.
• Membuat tindakan susulan terhadap laporan-laporan audit yang telah dipanjangkan kepada yang berkenaan.
2. Merancang, mengurus dan melaksanakan program Audit Kewangan Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rangkaian
• Menjalankan audit kewangan ke atas Pengurusan Kewangan dan Perolehan BTP dan BTPN mengikut Arahan Perbendaharaan dan Arahan-arahan Kerja yang sedia ada.
• Menjalankan naziran terhadap penyediaan dan pengesahan laporan buku vot, buku jurnal, buku tunai wang panjar runcit dan laporan “reconcillation”.
• Menjalankan naziran terhadap proses penyenggaraan kenderaan, peralatan serta aset pejabat termasuk perolehan bahan-bahan petroleum.
3. Merancang, mengurus dan melaksanakan penilaian terhadap tahap penyampaian perkhidmatan Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rangkaian
• Menjalankan naziran ke atas penyampaian perkhidmatan Bahagian Teknologi Pendidikan seperti keberkesanan rancangan TV Pendidikan, perisian kursus, e-Bahan, khidmat bantu pusat sumber sekolah dsb.
• Menjalankan naziran ke atas penyampaian perkhidmatan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dan Pusat Kegiatan Guru seperti keberkesanan program galak-guna rancangan TV Pendidikan, perisian kursus, e-Bahan, khidmat bantu pusat sumber sekolah dsb.
4. Merancang dan memberi khidmat runding kepada BTPN berkaitan dengan program pengauditan SIRIM QAS, Kewangan dan penilaian tahap penyampaian perkhidmatan PTPB dan PKG.
• Memberi khidmat runding berkaitan pelaksanaan penilaian tahap pelaksanaan perkhidmatan (KPI) kepada BTPN, PTPB dan PKG.
• Memberi khidmat runding berkaitan dengan pengauditan SIRIM QAS kepada BTPN.
• Memberi khidmat runding berkaitan dengan audit kewangan kepada BTPN dan PTPB.
UNIT DOKUMENTASI DAN PIAWAIAN
1. Merancang, mengurus dan melaksana hal-hal yang berkaitan dengan penambahbaikan Sistem Pengurusan Berkualiti BTP.
• memantapkan dokumen kualiti sedia ada selaras dengan keperluan pekeliling dan arahan perbendaharaan terkini.
• Membangunkan proses dan prosedur baru untuk memastikan keseragaman dalam pelaksanaan kerja selaras dengan pekeliling dan arahan perbendaharaan terkini.
• Mengurusetiakan Jawatankuasa Mengurangkan Karenah Birokrasi BTP.
2. Mengurus dan mengawal Dokumen Kualiti BTP.
• Mengendalikan semua dokumen kualiti yang berkaitan dengan keperluan pengurusan kualiti penerbitan/ pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan kualiti perkhidmatan teknologi pendidikan di BTP.
• Menyelaras kawalan kelulusan, pengedaran, pengemaskinian, dan sistem rujukan dokumen kualiti BTP.
• Menyelaras penyelenggaraan dokumen terkawal dan tidak terkawal.
• Mengurus dan mengawal cara kawalan pindaan atau pembaharuan dokumen.
3. Mengawal rekod kualiti BTP dan BTPN.
• Mengawal sistem mengurus dan menyelenggara rekod supaya mudah dirujuk semula dan untuk mengelakkan kemungkinan kehilangan rekod.
• Menyelaras penyediaan senarai setiap rekod kualiti untuk diselenggarakan di sektor/unit tersebut.
• Menyelaras kaedah bagi mengesan pergerakan rekod kualiti.
4. Memberi khidmat nasihat kepada BTP, BTPN, PTPB dan PKG dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti.
• melaksanakan kursus pengenalan kepada ISO 9001:2000
• membimbing BTPN dalam penyediaan dan pemurnian dokumen kualiti.
• Melaksanakan taklimat/kursus pelaksanaan dokumen kualiti
5. Membangunkan koleksi rujukan dokumen BTP/BTPN
• Mendokumenkan minit mesyuarat, sasaran kerja tahunan, laporan dan maklumat tentang BTP/BTPN.
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
1. Mengurus, menyelaras dan mengawal hal-hal perhubungan awam
• Menyelaras dan mengurus aktiviti lawatan dari luar dan dalam negara ke BTP dan rangkaian serta Sekolah – sekolah Bestari
• Menyelaras aktiviti promosi perkhidmatan BTP melalui media cetak dan elektronik.
• Menyediakan artikel mengenai BTP untuk dimuatkan ke dalam Buletin KPM.
2. Mempromosikan BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
• Memilih dan menempah cenderamata BTP khusus untuk VIP, pelawat dewasa dan murid sekolah.
• Membekalkan dokumen, buku panduan dan risalah yang dikeluarkan oleh BTP.
• Mengurus dan menyelaras penghasilkan video korporat BTP.
• Menyediakan maklumat terkini untuk Laman Web BTP dan Sektor Q n R.
3. Mengumpul, menganalisis, mentafsir dan melapor maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
• Mengumpul dan menguruskan surat akuan terima bagi aduan dan maklum balas pelanggan dari peti aduan, laman web BTP, lisan, panggilan telefon dan surat.Menerima aduan, cadangan dan maklumbalas daripada pelanggan.
• Mengumpul data mengenai pelanggan dan jenis urusan pelanggan.
• Mengumpul maklumat berkaitan dengan keputusan dan harapan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan.
• Mencadangkan kepada Pengurusan Atasan langkah-langkah berkesan untuk penambahbaikan perkhidmatan.
4. Menjalankan tugas seranta dalam bidang Perhubungan Awam
• Mengurus dan menyelaras program “Hari Bertemu Pelanggan’ KPM”
• Menyelaras penglibatan BTP dalam majlis dan program KPM yang berkaitan
• Menyelaras Perhimpunan Bulanan BTP
5. Menguruskan penerbitan risalah-risalah, brosur berkaitan dengan BTP
• Mengurus dan menyelaras penyediaan dan penerbitan brosur BTP.
• Mengurus dan menyelaras penyediaan dan penerbitan brosur Q.
• Mengurus dan menyelaras penyediaan dan penerbitan booklet Corporate Information BTP
UNIT PENYELARASAN RANGKAIAN
1. Menyelaras pengedaran bahan pengajaran dan pembelajaran yang disalurkan melalui BTPN-PTPB-PKG
• Menyelaras pengedaran bahan pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai jenis bahan cetak dan bukan cetak ke BTPN, PTPB dan PKG.
2. Mengumpul dan mengemaskini data di BTPN-PTPB-PKG
• Menguruskan dan menyelaras pengumpulan dan pengemaskinian data-data profil BTPN, PTPN dan PKG.
3. Mengurus dan menyelaras perancangan aktiviti BTPN,PTPB dan PKG
• Menyelaras dan menyediakan jadual penyelarasan aktiviti
• Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Penyelarasan BTP/BTPN/PTPB/PKG
• Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Badan Permuafakatan KPP BTPN
4. Menyelaras dan memantau projek memperkasakan BTPN-PTPB-PKG
• Menyelaras progam memperkasakan 13 PTPB dan 367 PKG
• Merancang dan mengurus Anugerah BTPN Cemerlang dan PKG Cemerlang
5. Menyelaras keperluan infrastuktur dan pembangunan BTPN-PTPB-PKG
• Menyelaras maklumat isu pembangunan BTPN, PTPB, PKG
• Menyelaras penyediaan senarai keperluan peralatan BTPN, PTPB, PKG