Sektor ini asalnya dikenali sebagai Sektor Pelbagai Media Pendidikan.Penstrukturan peringkat dalaman Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada akhir tahun 2006, nama sektor ini ditukar kepada Sektor Penyelidikan dan Bahan Teknologi Pendidikan. Dalam hal ini, fungsi dan peranan sektor ini turut berubah. Namun begitu, penjenamaan semula nama sektor dilaksanakan sekali lagi. Sektor ini kemudian dikenali sebagai Sektor Penyelidikan dan Galak Guna Bahan Teknologi Pendidikan. Seterusnya sehingga kini, sektor ini dikenali sebagai Sektor Promosi dan Inovasi Teknologi Pendidikan dalam usaha BTP memantapkan lagi fungsi dan peranan sektor-sektor dalam organisasinya.
Pada awalnya, sektor ini berperanan untuk melaksanakan penyelidikan dan penilaian kepada keberkesanan produk-produk teknologi pendidikan yang digunakan di sekolah-sekolah. Kini, dalam usaha menerap dan membudayakan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah, sektor memberi fokus kepada usaha promosi dan inovasi dalam bidang teknologi pendidikan. Peranan ini adalah sejajar dengan visi BTP untuk mewujudkan budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah dengan misi membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi peluang yang luas kepada pendidik untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Pelajar mempunyai kepelbagaian media dan pilihan untuk memperoleh ilmu. Keadaan ini telah memberi kesan kepada orientasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang lebih berfokus kepada pelajar manakala guru memainkan peranan sebagai pemudah cara. Penyelidikan di BTP berperanan untuk memastikan produk teknologi pendidikan sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Visi
Wujudnya budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.
Misi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Fungsi
Fungsi 1
Mengkaji dan mentafsir keperluan dasar pendidikan berkaitan dengan peranan teknologi pendidikan dan media bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran
Fungsi 4
Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Fungsi 7
Memberi Khidmat Bantu dan Nasihat bagi Menggalakkan Penggunaan Teknologi Pendidikan dan Media.
Fungsi 8
Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah
Piagam Pelanggan
Sektor Promosi dan Inovasi Teknologi Pendidikan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan:
1.mempromosi produk-produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan.
2.menggalakkan penggunaan bahan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3.meneroka inovasi dalam teknologi pendidikan melalui kajian-kajian tindakan terhadap teknologi pendidikan.
4.mengurus maklumat penggunaan bahan teknologi pendidikan.
5.meneroka dan menilai produk teknologi pendidikan hasilan pihak swasta dan perkhidmatan yang disediakan
Carta Organisasi
Unit
Ketua Penolong Pengarah - Tuan Haji Paridin bin Jais