Menjalankan aktiviti promosi, pemantauan dan laporan untuk tujuan penambahbaikan bahan teknologi pendidikan kepada guru-guru sekolah. Pendedahan yang laksanakan secara taklimat penggunaan sekurang-kurangnya 95% guru mengikut zon.
Mengkaji, mengumpul, menyelaras dan mendokumentasi maklumat inovasi dan kreativiti guru-guru sekolah dengan menggunakan pangkalan data yang boleh dicapai dan sentiasa dikemaskini menjurus kepada tahap pembudayaan penggunaan Teknologi Pendidikan mencapai 100% di semua sekolah menjelang tahun 2010.
Meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan penggunaan bahan P&P.
Menyelaras dan menilai kriteria bagi Anugerah Guru ICT dan Anugerah pemimpin ICT.
Meneroka inovasi dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menyelaras, melaksanakan kajian, melapor, mendokumentasi dan mengemukakan dapatan-dapatan kajian yang telah dilaksanakan kepada pengurusan BTP dengan tujuan penambah baikan kepada sasaran kerja tahunan (SKT) sektor-sektor di BTP dan rangkaian.
Merancang, menjalankan dan menyelaras kajian-kajian yang menjurus kepada :
» keperluan pengguna untuk pembangunan setiap produk terbitan BTP.
» peratusan budaya galak guna bahan terbitan BTP serta ICT di sekolah rendah dan menengah.
Menyelaras laporan kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan kepada:
» program membaca di sekolah rendah dan menengah.
» program pembestarian sekolah.
Menyelaras, memantau, membuat pendedahan, menilai dan mendokumentasi laporan kajian tindakan berasakan teknologi pendidikan yang telah dilaksanakan di BTPN mengikut kemahiran menjalankan kajian tindakan berasaskan teknologi pendidikan memenuhi keperluan BTP, BTPN untuk meningkatkan 10% kepuasan pelanggan.
Merancang, mengurus, meneroka pelbagai amalan terbaik dalam pelaksanaan teknologi pendidikan.
Mengenalpasti dan mengemaskini pengkalan data pegawai mahir dalam bidang teknologi pendidikan.
Merancang, mengurus dan memantau pangkalan data/direktori pakar teknologi pendidikan di Malaysia yang dicapai dan sentiasa dikemaskini bagi meningkatkan 10% kepuasan pelanggan.
Merancang, mengurus dan memantau pangkalan data sinopsis kajian, penerbitan dan tesis berkaitan teknologi pendidikan dan memantau pangkalan data maklumat umum penggunaan teknologi pendidikan di BTP, BTPN, PTPB, PKG dan sekolah yang diperoleh dari pelbagai sumber.
Menambah baik dan mengemaskini portal serta mengurus Laman Web Sektor.
Merancang, mengurus dan memantau mengenai pengurusan kewangan dan pakej aktiviti sektor serta hubungan dengan sektor-sektor di BTP dan rangkaian bagi meningkatkan 10% kepuasan pelanggan.
Merancang, mengurus dan memantau terbitan berkala sektor bagi tujuan mendokumentasi bahan-bahan seperti laporan kajian, penerbitan jurnal, bahan anugerah ICT dan modul-modul yang diterbitkan oleh sektor.
Merancang, mengurus, mengawal segala aktiviti yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti BTP.
Merancang, menyelaras, mengurus, memantau dan menilai proses dan prosedur kerja dan fail meja.
Menyelaras inventori dan aset Sektor.
DIREKTORI KEPAKARAN
Senarai tenaga pakar ini mengandungi pakar-pakar yang terdapat di Institut Pengajian Tinggi (IPT).