Intranet BTP
 Aplikasi Online

 Pautan

 





Kami telah menerima pengunjung seramai

Sejak 14 Ogos 2007

 
Pengenalan

Sektor TVP merupakan sektor terulung di BTP. Sebahagian besar daripada tugas utama BTP diusahakan melalui sektor ini.

1. Menerbitkan rancangan TV pendidikan berasaskan kurukulum pendidikan.
2. Menyebar maklumat isu-isu semasa, khususnya tentang dunia pendidikan.
3. Menerbitkan program motivasi pendidikan khusus untuk pelajar dan ibu bapa.
4. Mengadakan siaran TVP secara langsung dan interaktif melalui panggilan telefon.

Rancangan TV Pendidikan merupakan satu program yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan menghebahkan pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Siaran Televisyen Malaysia bermula pada 28 Disember 1963 apabila Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) ditubuhkan di studio Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Pada 6 Oktober 1969, Rangkaian kedua RTM ( RTM 2 ) telah dilancarkan dan bermula pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan diperkenalkan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia oleh Allayarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa konsortium yang dimiliki oleh 11 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) telah bersetuju dengan pakej pendidikan yang ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta. Perubahan arus teknologi daripada analog ke digital telah mendorong Kementerian Pelajaran Malaysia beralih sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Visi
Rancangan-rancangan TV Pendidikan digunakan oleh semua sekolah secara  berkesan dan TV sebagai media utama dalam pengajaran  dan pembelajaran.
Misi
Menerbitkan rancangan TV yang berkualiti, menarik dan berkesan dalam bidang pendidikan
Fungsi
  1. Merancang, mengurus, memantau dan menilai penghasilan dan pemerolehan rancangan TV Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  2. Merancang, mengurus, memantau dan menilai rancangan siaran langsung TV Pendidikan.
  3. Membuat liputan khas peristiwa semasa BTP, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Piagam Pelanggan
  1. Menerbitkan dan menghasilkan rancangan TV Pendidikan yang berkualiti, menarik dan releven
  2. Mendapatkan dan menilai rancangan TV Pendidikan yang berkualiti dan releven daripada pihak luar untuk siaran pendidikan
  3. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan memenuhi keperluan pelanggan dalam:
    1. Membuat liputan dan rakaman
    2. Perkhidmatan rekabentuk dan pementasan
    3. Khidmat Bantu dan kepakaran muzik
    4. Perkhidmatan fotografi
  4. Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan
  5. Mempelbagaikan bahan pendidikan yang berkualiti secara berterusan bagi meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pembestarian sekolah
  6. Memberikan layanan mesra dan perkhidmatan yang cekap sepanjang masa 
Carta Organisasi

 

 

Unit

Unit Kurikulum 
 
  • Merancang, mengurus dan menyediakan rancangan TV Pendidikan berasaskan kurikulum mengikut huraian Sukatan Pelajaran keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Menyelaras dan memantau proses pemerolehan rancangan TV Pendidikan dari pihak swasta
  • Melaksanakan tayang kaji rancangan TV Pendidikan mengikut piawaian penyiaran antarabangsa sebelum siaran

Unit Hal Ehwal Semasa
 
  • Merancang, mengurus dan menyediakan rancangan hal ehwal semasa untuk tontonan pelanggan
  • Merancang masa siaran dan format yang sesuai untuk rancangan hal ehwal semasa
  • Mengenal pasti dan menghubungi sumber berita dan maklumat sahih bagi rancangan hal ehwal semasa

Unit Operasi
 
  • Merancang, mengurus, memantau dan menilai penjadualan rancangan TV Pendidikan
  • Mencipta dan mengubah serta mengenal pasti muzik yang sesuai untuk rancangan TV Pendidikan
  • Menyelaras pergerakkan pelaksanaan proses penerbitan bagi rancangan-rancangan TV Pendidikan sesuai dengan keperluan siaran TV
  • Mengurus artis yang mengambil bahagian dalam rancagan TV Pendidikan

Unit Rekabentuk Dan Pementasan

  • Menyediakan pakaian, make up, Grafik dan artwork, set dan prop untuk penggambaran
  • Menguruskan percetakkan dan penghantaran jadual siaran, buku panduan penggunaan rancangan dan catalog.


 
Navigation

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian

Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.