Merancang, mengurus dan menyediakan rancangan TV Pendidikan berasaskan kurikulum mengikut Huraian Sukatan Pelajaran keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menyelaras dan memantau proses pemerolehan rancangan TV Pendidikan dari pihak swasta.
Melaksanakan tayang kaji rancangan TV Pendidikan mengikut piawaian penyiaran antarabangsa sebelum siaran.
Unit Hal Ehwal Semasa
Mengenal pasti dan menghubungi sumber berita dan maklumat sahih bagi rancangan hal ehwal semasa.
Merancang masa siaran dan format yang sesuai untuk rancangan hal ehwal semasa.
Merancang, mengurus dan menyediakan rancangan hal ehwal semasa untuk tontonan pelanggan.
Unit Operasi
Merancang, mengurus, memantau dan menilai penjadualan rancangan TV Pendidikan.
Mencipta dan menggubah serta mengenal pasti muzik yang sesuai untuk rancangan TV Pendidikan.
Menyelaras pergerakan pelaksanaan proses penerbitan bagi rancangan TV Pendidikan sesuai dengan keperluan siaran TV.
Mengurus artis yang mengambil bahagian dalam rancangan TV Pendidikan.
Unit Rekabentuk Dan Pementasan
Menyediakan pakaian, make-up, grafik dan artwork, set dan prop untuk penggambaran.
Menguruskan percetakan dan penghantaran jadual siaran, buku panduan penggunaan rancangan dan katalog.